Hujan turun dengan lebatnya seawal 12 tengahari di rumah penulis. Apabila hujan mulai renyai pada jam 4.00 petang, penulis terus ke LRT Ampang untuk menuju ke Stadium Nasional Bukit Nasional Jalil untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir akhir pusingan pertama Piala Suzuki-AFF 2012, di antara Malaysia dan Thailand.
Station LRT Ampang. |
Ketika sampai pada jam 5.30 petang, hujan masih belum menunjukkan tanda-tanda hendak berhenti. Tetapi, suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil sudah gamat dengan sorakan serta tiupan “Vuvuzela” dan pukulan gendang oleh penyokong-penyokong terutama dari Ultras Malaya. Selalunya, beginilah suasananya apabila pasukan Harimau Malaya yang akan beraksi di Piala Suzuki-AFF 2012.
Baju Harimau Malaya RM10. |
Apabila penulis memasuki stadium pada jam 7.15 petang, bahang kehangatannya semakin terasa kerana kira-kira 80,000 penyokong Harimau Malaya telah mengisi tempat duduk Stadium Nasional yang mula dibuka seawal pukul 4.30 petang, dan perlawanan akan bermula pukul 8.00 malam.
Penyokong tetap ramai walaupun hujan. |
Penulis, rakan-rakan dan penyokong Malaysia, rata-rata di kalangan kami mengenakan jersi pasukan kebangsaan “Harimau Malaya”, mengibarkan bendera Jalur Gemilang serta sepanduk yang tertera kata-kata perangsang untuk menaikkan semangat pasukan.
Hantu Pocong pun sokong Harimau Malaya. |
Walaupun hujan renyai-renyai sejak dari tengahari lagi, namun suasana di luar stadium seperti ada karnival apabila para peniaga mengambil kesempatan mencari rezeki daripada kebanjiran ramai penyokong Harimau Malaya yang datang ke sini.
Penulis yang kesejukkan. |
Apabila perlawanan dimulakan pada jam 8 malam, stadium telah dipenuhi oleh penyokong Harimau Malaya. Penulis sendiri hampir sesak nafas apabila berhimpit-himpit dengan orang ramai. Sudahlah berhimpit-himpit, hujan pula turun renyai-renyai. Walaubagaimapun penulis berasa seronok berada live di stadium kerana merasai sendiri suasana meriah kejohanan Piala AFF Suzuki kali ini.
Ultras Malaya yang terbaik. |
Perlawanan agak seimbang pada separuh masa pertama tetapi beberapa peluang Malaysia untuk mendahului tidak dapat disempurnakan. Masuk separuh masa kedua, Malaysia menggandakan asakan dan memperolehi gol melalui Norshahrul Idlan Talaha melalui tandukan yang cantik pada minit ke 49. Malangnya selepas jaringan tersebut, pasukan Malaysia bermain secara bertahan dan akibatnya pasukan Thailand memperolehi gol penyamaan pada minit 80 melalui tandukan lambung Teerasil Dangda.
Suasana Stadium Nasional Bukit Jalil. |
Apabila wisel penamat dibunyikan, keputusan muktamadnya adalah MALAYSIA 1-1 THAILAND. Alhamdullilah.. tidak tewas dan diucapkan tahniah buat pasukan Harimau Malaya Malaysia walaupun sekadar seri dalam Perlawanan Akhir Pusingan Pertama Piala Suzuki AFF-2012 di Stadium Bukit Jalil. Malam ini sekali lagi pasukan Harimau Malaya akan berdepan pasukan Gajah Perang di Bangkok untuk menentukan pasukan manakah ke perlawanan akhir.
Semoga berjaya pasukan Harimau Malaya.
Semoga berjaya pasukan Harimau Malaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan