Sepanjang minggu lepas penulis berbengkel di Hotel Residence, Uniten Bangi. Selepas seharian berbengkel, tiba-tiba perut penulis terasa lapar, penulis pun jalan-jalan cari makan di sekitar Uniten. Setibanya di food court, penulis ternampak gerai D’Arab Cafe. Nasi arab di gerai D’Arab Cafe ini memang terkenal dengan keenakan menu nasi arabnya. Ada yang datang ke food court ini, semata-mata mahu menikmati keenakan nasi arabnya.
Gerai D'Arab Cafe di food court Uniten, Bangi. |
D’ Arab Cafe ini terletak di food court Uniten Bangi. Baharulah penulis tahu, rupa-rupanya D’Arab Cafe ini banyak cawangannya. Diantaranya ialah, di Sekyen 9 Bangi yang pernah penulis makan tidak lama dahulu. Khabarnya, nasi arab ini di masak di gerai D’Arab Cafe Uniten terlebih dahulu sebelum ianya di hantar ke cawangan-cawangan lain seperti di Putrajaya, Seksyen 9 Bangi, Shah Alam dan banyak lagi, yang penting pengasas D’ Arab Cafe ini ialah orang melayu.
Nasi Mandy Ayam. |
Gerai D’Arab Cafe ini terletak berhampiran dengan masjid dan tasik, Universiti Tenaga Nasional Bangi. Jika tidak jumpa, boleh bertanya dengan pengawal yang bertugas di pintu hadapan Uniten tersebut. Minggu lalu, penulis berkunjung ke food court ini setelah di syorkan oleh salah seorang rakan penulis yang tinggal berhampiran dengan Bandar Baru Bangi.
Nasi Mandy Kambing. |
Penulis sangat berpuas hati kerana servis nya yang cepat, tidak perlu menunggu lama. Di sini ada makanan stail arab, jika kita datang bersama keluarga, ianya lebih baik kerana ada set yang lebih murah harganya. Pada masa itu, penulis hanya memesan menu nasi mandy ayam berempah yang berharga RM11.00. Ada juga nasi mandy kambing yang berharga RM15.00. Nasi mandy nya agak banyak, boleh berkongsi berdua.
Nasinya yang banyak |
Jika makan di food court kena berhati-hati. Ketika penulis memesan air minuman dan meninggalkan makanan di atas meja, tiba-tiba datang sekumpulan burung memakan nasi arab penulis terlebih dahulu. Nasib baik tuan punya cafe sudi mengantikan nasi arab yang baharu. Selain burung, kucing juga banyak berkeliaran di food court ini. Pantang pelanggan leka. mereka terlebih dahulu menikmatinya.
Gagal dihabiskan. |
Di sediakan juga sup yang sedap stail tempatan (elok juga ada sebab penulis makan mesti ada kuah) dan sos tomato yang menggunakan tomato segar yang di lecek bersama bahan lain. Beras yang digunakan memang beras basmathi dan sebab itu nasi mandy begitu istimewa. Jadi berbaloilah makan di gerai ini. Penulis pernah makan nasi arab yang mahal tetapi beras yang digunakan hanyalah beras biasa, tidak berbaloi rasanya dengan harga yang di tawarkan.
Gerai-gerai masakan tempatan pun ada di food court ini. |
Harga yang di tawarkan di gerai ini agak murah sedikit mungkin kerana gerai ini terletak di food court universiti. Malakala pelangganya pula adalah kalangan pelajar. Rasanya makanan arabnya yang boleh di katakan sama dengan mana-mana kedai nasi arab popular yang penulis makan di sekitar Lembah Kelang, walaupun pekerja dan tukang masaknya adalah orang tempatan.
Food Court Uniten berhampiran dengan masjid dan tasik. |
Jika anda berada berhampiran kawasan Bandar Baru Bangi, bolehlah singgah makan di gerai D’Arab Cafe, terutama mereka yang berurusan dengan Uniten. Bukan gerai D’Arab Cafe sahaja yang ada, malah ada 5 gerai lagi yang menjual pelbagai menu masakan seperti masakan sea food dan masakan kampung. Jika anda teringin menjamu selera di food court Uniten ini, silakan, pasti berpuas hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan