Jumaat, 14 Disember 2012

Pekena Asam Pedas Melaka

Semasa penulis dan rakan-rakan berbengkel buku teks di Melaka bulan lepas, kami di beri elaun makan sebanyak RM90.00 seorang. Oleh kerana pemandu kami orang melaka, beliau membawa kami makan tengahari di sebuah restoran asam pedas yang sangat popular di bandar Melaka. Jika anda kalian penggemar Asam Pedas datanglah ke restoran ini. Nama restoran ini ialah Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Restoran ini pernah di featured di program Jalan-Jalan Cari Makan, Warung Kita, dan pelbagai program TV lagi.
Restoran Asam Pedas Selera Kampung.
Menu masakan Asam Pedas memang famous di negeri Melaka. Bagi penggemar Asam pedas, menu ini memang sedap. Bagi penulis yang jarang makan masakan Asam Pedas ini, boleh tahan juga rasanya. Memang berbaloi. Untuk pengetahuan anda semua, menu Asam Pedas adalah sebagai menu utama di restoran ini.
Asam Pedas yang power.
Selain menyediakan menu Asam Pedas Ikan Tenggeri, restoran ini juga menyediakan menu Asam Pedas pelbagai jenis ikan. Antaranya seperti ikan kembung, jenahak dan sembilang. Sehingga menu Asam Pedas telur ikan pun ada. Selain menu Asam pedas, Pelbagai menu lain juga disediakan seperti menu Ayam Kampung goreng. Ayamnya memang sedap dan terasa rempah ratusnya. Menu Masak Lemak Udang Galah juga ada. Tetapi harga boleh mencecah sehingga RM40.00 seekor mengikut saiz. Restoran ini turut menyediakan pelbagai jenis ulam-ulaman yang segar.
Apa-apapun Asam Pedas juga menu utama.
Paling mengujakan apabila kuah asam pedas itu kami hirup sehingga licin. Semua ikan yang ada di depan mata, kami sudah rasa tetapi yang paling sedap dah tentulah ikan pari. Harga Asam Pedas ini tidaklah mahal sangat. Hanya RM 6.50 hingga RM 12.50 mengikut jenis ikan yang anda pilih. Restoran ini sentiasa dipenuhi oleh pelanggan terutamanya pada hari bekerja kerana lokasinya di tengah-tengah bandar Melaka. Manakala pada hari minggu dan cuti am pula akan di penuhi oleh pelancung dari luar negeri Melaka.
Asam Pedas ikan Tenggeri.
Jika anda melancung atau ada urusan di bandar Melaka, jangan lupa menjamu selera Asam Pedas di restoran ini. Lokasinya yang within walking distance dari Hotel Mesra Mutiara dan Dataran Pahlawan Megamall Melaka.
Menu utama di restoran ini.

Alamat: 
Restoran Asam Pedas Selera Kampung 
G2, Jalan P.M.3 
Plaza Mahkota Square 
75000 Bandar Hilir Melaka 
Melaka.

Tiada ulasan: