Anda semua, penulis hendak berkongsi peristiwa ini.. PENTING kerana ianya baru terjadi..
Kad ATM. |
PERINGATAN: jika anda menerima panggilan dari seseorang yang kononnya dari Maybank Centre yang meminta maklumat mengenai kad ATM anda, terus sahaja membuat aduan kepada pihak Maybank untuk membuat pengesahan. Ada wanita india yang menghubungi penulis tadi. Dia meminta valid thru kad ATM, nombor pada kad ATM dan nombor kad pengenalan penulis. Nasib baik penulis tidak memberi maklumat tersebut dan terus menhubungi pihak Maybank. Pihak Maybankpun mengesahkan wanita india tersebut bukan dari pihak mereka.
Dia menggunakan private number. Penulis sudah perasan, sebab sudah banyak kali dia cuba buat miss call termasuk pada hari Sabtu dan Ahad. Dia menghubungi penulis menggunakan telepon bimbit dan meminta tarikh tamat kad ATM dengan alasan hendak gantikannya dengan kad ATM yang baharu. Apabila melihat tarikh di kad ATM penulis, tarikh tamat nya masih lagi lambat. Penulis mulai curiga...
Soalan kedua, dia baca 8 nombor yang terawal kad ATM kemudian dia minta kita bacakan 8 nombor yang terakhir pula. penulis sudah mula tidak sedap hati. Penulis tidak beri nombor tersebut. Penulis kata, saya perlu membuat pengesahan dengan pihak Maybank terlebih dahulu.
Soalan ketiga, dia membacakan nombor kad pengenalan dan meminta penulis membuat pengesahan nombor tersebut. Penulis bertambah curiga bagaimana dia boleh tahu nombor kad pengenalan pelanggan.
Apabila penulis kata tidak boleh beri kesemua maklumat tersebut, dia cuba mengugut dan menakut-nakutkan penulis dengan mengatakan pihak bank akan membekukan akaun bank termasuk internent banking penulis. WTF! mana ada bank boleh buat seperti itu. Penulis kata fine, carry on, penulis akan hubungi pihak Maybank untuk bertanya. Dia cuba mengugut lagi, nanti encik akan ke cawangan Maybank Putrajaya untuk membuka kembali akaun tersebut. Aik! kenapa pula? bukannya penulis buka akaun tersebut di cawangan Putrajaya!
Oleh itu kita kenalah berhati-hati. Jangan sesekali dedahkan maklumat private anda kepada orang lain. Penulispun bertanya kepada pihak Maybank mengenai keselamatan kad ATM penulis. Alhamdulillah akaun penulis masih lagi selamat kerana penulis tidak memberi maklumat tersebut kepada wanita tersebut. Jika 3 maklumat tersebut penulis dedahkan (valid thru card, nombor atas kad ATM, 3 angka belakang kad) dia boleh memindahkan duit dalam akaun bank kita. Oleh itu, kita perlu berhati-hati....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan