Sejak kebelakangan ini, penulis agak sibuk dengan kerja-kerja buku teks. Apabila sibuk, idea untuk menulis blog pun menjadi kering. Walaupun sibuk, penulis masih berkesempatan menonton television. Beberapa minggu lepas, penulis sempat membuka siaran Astro Bella, ketika itu telenovela bersiri Filipina iaitu Pengako Sayo sedang ditayangkan. Rupa-rupanya ketika ini di Astro Bella sedang menyiarkan kembali telenovela bersiri Pengako Sayo dam Sanay Wala Ng Wakas. Dahulu penulis tidak melepaskan peluang menonton telenovela bersiri ini kerana sangat meminati pelakon wanitanya iaitu Kristine Hermosa.
Pengako Sayo di Astro Bella. |
Anda kenal Kristine Hermosa? Bagi mereka yang meminati telenovela Filipina, pasti kenal dengan pelakon wanita yang jelita ini. Dia yang berlakon dalam telenovela bersiri Pangako Sayo dan Sanay Wala Ng Wakas yang pernah ditayangkan di Astro Prima beberapa tahun yang lalu. Kristine Hermosa sendiri pernah datang ke Malaysia pada sekitar tahun 2006 dan penulis sendiri pernah berjumpa dan mendapatkan autograph nya. Malangnya penulis tidak sempat merakamkan foto bersama kerana terlalu ramai peminat yang berebut-rebut untuk merakamkan foto dan mendapatkan autograph nya.
Sanay wala ng wakas, |
Kini, telenovela bersiri Pengako Sayo dan Sanay Wala Ng Wakas kembali ditayangkan di Astro Bella. Dahulu, telenovela ini mendapat sambutan hangat di Malaysia. Diatas permintaan ramai, pihak Astro menyiarkan kembali telenovela ini pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Siaran telenovela Sanay Wala Ng Wakas pada jam 8.00 malam, manakala siaran telenovela Pengako sayo pada jam 10.00 malam. Telenovela terbaru lakonan Kristine Hermosa dan Jericho Rosales ialah Destined Heart dan telenovela ini pernah ditayangkan di Astro Bella baru-baru ini. Sesungguhnya kini, Astro Bella sedang rancak menyiarkan telenovela bersiri dari Filipina terutama lakonan Kristine Hermosa.
Kristine Hermosa semasa berkunjung kuala Lumpur dahulu - Foto internet. |
Khabarnya, semasa telenovela Pengako Sayo sedang hangat ditayangkan, Kristine Hermosa sedang bercinta dengan Jericho Rosales iaitu hero drama yang selalu bergandingan dengannya. Kristine Hermosa dan Jericho Rosales memang pasangan yang sepadan dan sweet, tetapi malangnya mereka tiada jodoh. Walaupun mereka sudah putus cinta, mereka masih lagi berkawan. Sebab itulah mereka masih boleh berlakon bersama-sama dalam banyak drama sehingga kini. Jericho Rosales juga pernah berlakon di Malaysia iaitu di dalam filem yang bertajuk, BiLut. Khabarnya, Jericho Rosales akan ke Malaysia lagi untuk menemui peminatnya pada 3hb Mac nanti di hotel Hilton, KL Central.
Penulis dan Kristine hermosa? |
Ketika mereka sama-sama berlakon dalam telenovela bersiri Sanay Wala Ng Wakas, Kristine bercinta pula dengan hero kedua dalam telenovela tersebut iaitu Diether Ocampo. Wajah kacak Diether Ocampo ini seakan-akan wajah pelakon dari Korea. Dia kelihatan seperti chinese look gitu. Mereka ini dikatakan hampir berkahwin, tetapi mereka tiada jodoh dan hubungan mereka juga terputus di tengah jalan. Akhirnya, Kristine Hermosa bertemu jodoh dengan Oyo Boy Sotto yang juga merupakan seorang pelakon. Mereka telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2011 dan kini mempunyai seorang cahaya perempuan.
Kristine Hermosa dan suami Foto internet. |
Begitulah alkisahnya. Kadang-kadang kita bercinta dengan orang, bertunang dengan orang dan akhirnya berkahwin pula dengan orang lain Itulah yang dikatakan jodoh... dan jodoh itu ditangan tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan