Jumaat, 28 Februari 2014

Kertas Penyata ATM Bersepah...

Kisah mesin ATM kena rompak sudah menjadi berita besar masakini. Kejadian begitu biarlah diuruskan oleh bank dan polis. Harap-harap perompak janganlah buat lagi kerja-kerja sebegini kerana dengan tugasan anda yang merosakkan ATM akan menyusahkan orang lain. Mana tidaknya jikalau ada orang yang dalam kecemasan nak keluar duit mesin rosak kena rompak. Tambahan di pekan-pekan kecil.
Bank Simpanan Nasional.
Pagi tadi penulis ke Bank Simpanan Nasional (BSN) di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur untuk mengeluarkan wang tunai. Semasa penulis sampai, ramai orang sedang berbaris menunggu giliran untuk mengeluarkan wang tunai mereka. Maklumlah pada masa ini musim orang menerima duit BR1M dan wang gaji bulanan.
Mesin ATM.
Apa yang penulis hendak catat kali ini ialah sikap orang-orang kita ketika mengeluarkan wang. Lihat saja kertas-kertas penyata ATM bersepah-sepah di sekitar mesin ATM. Bukankah pada mesin ATM akan membuat pertanyaan perlukah resit? Masalahnya apabila sudah tekan “Ya” resit keluar dan resit itu dibuang bersepah.
Kertas penyata bertaburan walaupun ada disediakan tong sampah.
Kita ada pilihan, kendak atau tidak. Jikalau resit hendak dibawa balik, tekan YA. Kalau tidak mahu tekan “Tidak”. Mentaliti orang kita memang suka membuat sampah! mari kita sama-sama berubah sikap.

Tiada ulasan: