Walaupun sudah dua kali menjejakkan kaki di bumi Korea Selatan, kunjungan penulis bersama kelab Famemas, baru-baru ini, tetap meninggalkan kenangan manis. Bermula dengan perjalanan penulis bersama 15 ahli kelab, kami diiringi bagaikan golongan kenamaan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. |
Walaupun ada dikalangan kami baharu kali pertama bersua dan berkenalan, kami sudah seperti keluarga besar yang gembira untuk melancong, menyokong pasukan negara yang bertanding di Sukan Asia dan merasai pengalaman indah bersama-sama di negara Winter Sonata. Perjalanan enam jam agak memenatkan, namun keterujaan untuk meneroka dan menikmati detik indah percutian yang ditaja oleh Samsumg bagi menyokong atlit negara mengatasi segalanya.
Melawat Yeongbokgung Palace. |
Kami menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Seoul kira-kira 7 pagi waktu tempatan dengan suhu 17 darjah Celsius.Biarpun begitu, tetap tidak mampu menghalang rasa gembira peserta rombongan untuk melangkah ke destinasi lawatan pertama, Gyeongbokgung Palace.
Kami makan cara orang Korea. |
Melihat keunikan dan keindahan istana pertama yang dibina pada Dinasti Joseon ini, ternyata cukup mengujakan peserta. Ditambah suasana hijau di sekeliling istana, mempesonakan lagi pandangan mata selain bagai mengubat keletihan mengharungi penerbangan. Selain itu, melihat pertunjukan acara pertukaran pengawal istana juga memberi pengalaman berbeza pada kali in.
Di luar stadium. Kena menapak jauh untuk ke stadium. |
Selepas melawat Yeongbokgung Palace, kami terus di bawa ke stadium badminton untuk menyaksikan perlawanana akhir perseorangan lelaki antara Lin Dan dan Chen Long. Malang sekali kami tidak dapat menyaksikan kehebatan pemain-pemain Malaysia beraksi. Pemain badminton Malaysia seperti Lee Chong Wei telahpun tewas diseparuh akhir ditangan Lin Dan. Sesi lawatan kami berakhir selepas menikmati makan malam yang enak dan pastinya hidangan kimchi turut dihidang sebagai sajian utama.
Kibar Jalur Gemilang di hadapan stadium renang. |
Hari-hari berikutnya, kebanyakan kami hanya ke stadium-stadium untuk menyaksi dan memberi sokongan kepada atlit Malaysia yang bertanding di Sukan Asia Incheon. Antara acara sukan yang sempat kami saksikan untuk memberi sokongan ialah bowling, terjun, hoki, takraw dan karate. Antara kenangan manis yang tidak dapat penulis lupakan apabila dapat menyayikan lagu Negaraku bersama-sama atlit karate yang memenangi pingat emas.
Bergambar beramai-ramai di luar Stadium hoki. |
Penulis bersama salah seorang sukarelawan sukan asia. |
Apabila kelab Famemas memaklumkan penulis terpilih, memang pada awalnya seperti tidak percaya kerana selama menjadi ahli kelab, tidak pernah terpilih pergi luar negeri sejauh ini. Peluang mengunjungi Korea pengalaman manis apatah pemergian kali ini disertai rakan-rakan kelab yang lain. Secara tidak langsung, kami dapat berkenalan selain bertukar pendapat mengenai pelbagai perkara. Terima kasih kelab Famemas dan Samsung kerana memberikan kami peluang ini.
Rakan-rakan penulis dengan penuh bersemangat menyanyikan lagu Negaraku. |
Penulis memang suka berjalan dan peluang ini digunakan sepenuhnya untuk melancong secara percuma. Memang tidak jangka boleh terpilih tapi ini dinamakan rezeki, apatah lagi rakan-rakan sering menggalakkan penulis aktif dengan segala aktiviti-aktiviti kelab Famemas. Penulis benar-benar rasa seronok, bukan saja dapat melihat negara orang, malah layanan diberikan Famemas dan Samsung juga seperti raja dan sangat istimewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan