Walaupun disebelah siang kami sibuk dengan aktiviti-aktiviti menyokong atlit negara yang bertanding di Sukan Asia Incheon, namun disebelah malamnya kami bebas melakukan pelbagai aktiviti. Selalunya sebelam malam kami hanya ronda-ronda di sekitar hotel atau membeli belah di Dongdaemon, Namdaemun, Myeongdong dan Iteowan.
Doota (Doosan Tower) shopping mall. |
Sebenarnya banyak tempat menarik untuk membeli belah di Seoul ini. Terpulang pada apa yang anda hendak cari. Dari barangan elektrik, barangan k-pop, cenderamata, kosmetik, pakaian berjenama asehinggalah barangan yang berjenama cap ayam semuanya ada tersedia di sini. Anda hanya perlu menyediakan won yang secukupnya kerana semua yang anda lihat di sini semuanya kelihatan menarik tetapi harganya bolehlah tahan...huhuhu...
Dongdaemun @ central Seoul. |
Salah satu tempat yang kami pergi ialah di Doota Mall. Pusat membeli belah yang menyediakan pelbagai barangan berjenama sehinggalah ke barangan yang dibuat oleh local designer. Rakan penulis yang perempuan sangat suka apabila melihat handbag yang ditawarkan di sini, ianya diperbuat dari kulit dan designnya pun cantik dan cukup trendy.
Kedai Arirang Cenderamata di tingkaat lima Doota (Doosan Tower) shopping mall. |
Doota (Doosan Tower) shopping mall yang terkenal ini terletak di Dongdaemun @ central Seoul. Pasaraya ini ini ada 8 tingkat dan di dalamnya ada lebih dari 600 stores. Anda boleh pengsan jika semuanya hendak dijenguk! Dikatakan terdapat 60, 000 orang pengunjung datang ke sini setiap hari.
T-Shirt i love Korea menjadi tumpuan. |
Selepas membeli belah di Doota Mall, kami ronda-ronda pula di Dongdaemun Street. Sememangnya memang wajarlah, Dongdaemun ini dikenali sebagai syurga fesyen. Ada pelbagai fesyen yang murah, unik dan terkini yang ditawarkan di sini. Ada juga pelbagai jenama kosmetik, skin care, make up bertaburan sepanjang jalan. Bertambah menarik lagi mereka tidak kedekut memberi kita pelbagai cenderamata kecil sebagai sourvenier..!
Myeongdong Market. |
Di antara jenama yang rakan-rakan penulis cari ialah SaSa, Missha, Skin Food, Tony Moly, Nature Republic, Innis Free, The Face Shop, Holika Holika. Kata mereka, jika beli di Kuala Lumpur, janama ini agak mahal juga. Just in case jika jadual kami terlalu padat disebelah siang. Oleh itu kami terpaksa datang pada waktu malam. Lagipun bazarnya dibuka sehingga awal pagi.
Tokmo sedang mencari restoran halal di Itaewon. |
Namdaemun ini merupakan salah satu dari market yang tertua di Seoul. jika anda berhajat hendak mencari utensil yang sering digunakan oleh masyarakat Korea seperti mangkuk, sudu garfu, mangkuk pinggan, Korean style pillow, barangan yang berbentuk arts, stokin, ginseng dan lain-lain lagi. Maka, silalah menghala ke sini. Harganya agak murah jika di Korea..
Itaewon disebelam malam. |
Jamu mata untuk cari idea apa barangan yang boleh dibawa pulang untuk sedara mara dan sahabat handai sebagai cenderahati. Kalau anda membeli belah banyak-banyak, selalunya mereka tidak kedekut untuk memberikan pelbagai barangan kecil sebagai cenderamata tambahan. Mungkin ini salah satu cara mereka menyatakan rasa terima kasih di atas kesudian kita berbelanja di kedai mereka..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan