Isnin, 12 Julai 2010

Kembaraku

Kembara 1

Wahai guru....
ingatkah dikau padanya aku?
kau umpama sang ratu kalkatu
punyai ribuan murid pada hayatmu
sedangkan aku hanya anai-anai pekerja
tidak mungkin lupa
padanya “Ratu” yang ada hanya satu.

Kembara 2

Riwayatku...
anak nakal dari daerah Sabak Bernam
mungkin kerana singkatnya masa
menatap dan menghayati kasih ayah bonda
pilu hati mengenang nasib diri
mungkin kerana nakalku padamu guru
lantas ku disisihkan
dari merisik puteri daun teh di puncak Cameron Higland
sayu dan tersayat hati remajaku
tertanya juga mengapa?
lantas roda bas pun berputar
meninggalkan puing-puing debu
disudut hatiku...

Kembara 3

Putaran turbin enjin burung besi
itu biasa bagiku
ku punya rombonganku sendiri
luar negara saban masa ku kunjungi
merisik si mata biru, hazel dan coklat
ku tersenyum sendiri
terima kasih guru
kau mengajarku
berdiri atas kaki sendiri

Jumaat, 9 Julai 2010

Egokah Aku?


Ku… tak pernah merasa
Gundah di hatiku, Ketika belajar denganmu
Saat kau, Kau belai rambutku
Kau temani aku, Kau basuh lukaku

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku menrinduimu
Walau ku tahu ku tak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Sadarkah kini ku tak rela
Iman ku telah sirna
Mimpiku tak nyata

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku menrinduimu
Walau ku tahu ku tak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Lagu dan Lirik: WaliBand

Selasa, 6 Julai 2010

Jejak 1985/86 SMV Kelang

Setiap individu yang pernah melalui alam persekolahan pasti menyimpan pelbagai kenangan pahit dan manis semasa meniti zaman kanak-kanak dan remaja bersama rakan-rakan.

Perbezaan ketara Syed Hafidz, Jamsari dan Shahrul. Foto oleh Syed Hafidz.

Segala kisah sepanjang tempoh itu yang telah bertahun-tahun ditinggalkan menjadi satu nostalgia indah dan mengasyikkan, malah mengharukan apabila rakan-rakan yang terpisah sekian lama bertemu semula.

Pasukan pengakap SMVK pada tahun 1986. Foto oleh Nor Khaisar.

Itu yang berlaku pada program jejak 85/86, Sekolah Menengah Vokasional Kelang (SMVK) yang diasaskan oleh en. Syed Hafids dan cik Timah melalui laman sosial popular, facebook.

Padang perhimpunan. Foto oleh Nor Khaisar.

Sehingga kini, lebih 20 orang mantan pelajar yang menyertai group ini telah menitiskan air mata kegembiraan kerana dapat berhubung semula setelah 24 tahun berpisah.

Pelajar aliran Trengkas pada tahun 1986. Foto oleh Nor Khaisar.

Penyelaras group jejak ini, Syed Hafidz berkata, pihaknya mengambil masa lebih dua bulan untuk mengumpul maklumat mengenai mantan pelajar sebelum mereka dapat dihubungi. Menurutnya, dengan kerjasama yang diberikan, akhirnya rakan-rakan yang kini berada di segenap pelosok negara dapat dikumpulkan walaupun tidak semua.

Pasukan bola tampar SMVK pada tahun 1986. Foto oleh Syed Hafidz.

Mereka bercadang untuk mengadakan majlis perjumpaan yang lebih meriah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti yang akan mengumpulkan lebih ramai mantan pelajar.

Penghuni asrama bilik BA1, bergambar kenangan sebelum mencuci bilik.

Penulis dfahamkan, beberapa lokasi menarik akan dipilih sebagai tempat perjumpaan pada Aidilfitri nanti supaya dapat membangkitkan nostalgia selain menjadikan majlis lebih meriah dengan kehadiran ahli keluarga masing-masing.

Pada rakan-rakan yang belum menyertai group ini, sila add di laman facebook yang berlamat http://www.facebook.com/group.php?gid=136980226314006&ref=ts

Isnin, 5 Julai 2010

Malam yang sehebat Jerman mengalahkan Argentina.

Petang Sabtu lalu, penulis bercadang-cadang menonton perlawanan bolasepak antara Argentina dan Jerman. Tiba-tiba penulis menerima satu sms dari seorang rakan, beliau memberitahu di rumah PENA ada Majlis Malam Maskara yang 22.

Sebagai penyokong Jerman, penulis telahpun membuat persediaan untuk menonton perlawanan tersebut. Minta maaflah, penulis terpaksa abaikan sahaja sms tersebut.

Tiba-tiba penulis menerima satu lagi sms. Tok Deanz meminta penulis segera ke rumah PENA. Smsnya berbunyi begini, sila bawa kamera video sebab Anjang dan Rozi akan membuat persembahan di rumah PENA.

Dengar sahaja nama Anjang, penulis terus mencapai kamera dan segera ke rumah PENA.....

Acara selingan dari saudara Meor.

Pengacara majlis, Tok Rimau.

Gitaris Anjang.

Persembahan dari student UIA.

Sembang kencang.

Bacaan puisi dari Sayed Munawar.

Bubur kacang sumbangan dari Ajami.

Beehun Goreng.

Persembahan dari kumpulan Young Dengerous.

Antara penonton yang hadir.

Perembahan teater dari Filmuda

Persembahan hebat dari kumpulan teater FilMuda.

Walaupun tidak ramai penonton yang hadir, namun persembahan pada malam tersebut sungguh hebat sekali. Katanya, sehebat Jerman mengalahkan Argentina. Penulis hanya sempat menonton separuh masa kedua sahaja...

Khamis, 1 Julai 2010

Jatuh Motosikal

Lutut penulis tercalar sedikit.

Semalam, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, penulis terjatuh dari motosikal. Ketika memandu di jalan yang penuh sesak dengan kenderaan, penulis terlanggar sebuah Proton Wira dari belakang. Alhamdulillah, penulis masih lagi bernasib baik kerana...
  • penulis tidak membawa komputer riba.
  • penulis tidak membawa peralatan dan kamera DSLR.
  • penulis memakai helmet, walaupun helmet seperti cengkerang kura-kura
Sebab-sebab terjatuh...
  • penulis tidak memberi tumpuan sepenuhnya ketika memandu.
  • tayar belakang agak botak sikit .
  • break depan tidak berfungsi.
Akibatnya...
  • lutut penulis calar sedikit.
  • cermin sisi pecah.
  • break belakang rosak (jem).
  • Penulis terpaksa menggunakan khidmat tukang urut.
Keseluruhannya, easy rider penulis tidak rosak dan hanya cedera ringan. Dengan machonya penulis bangun dan angkat motosikal dan tolaknya ke tepi jalan.

Ini saja pengalaman yang boleh penulis dapat kongsikan bersama.

Rabu, 30 Jun 2010

Selasa, 22 Jun 2010

Stress


Sama ada kita sedar atau tidak dunia pekerjaan memang memberikan pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja. Antara kita ada yang memandang remeh dengan stress, menyebabkan perkara ini dibiarkan berlarutan tanpa langkah pencegahan dan rawatan.

Di dalam entry kali ini, penulis ingin berkongsi artikel yang ditulis oleh saudara Khairunneezam Mohd Noor daripada Utusan Malaysia mengenai menangani stress atau tekanan cara Islam.

Tekanan disebabkan pekerjaan merupakan interaksi kompleks di antara persekitaran di tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan dan mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan dan tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal.

Tugas yang terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua yang suka marah-marah dan suasana kerja yang tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan ini seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu sekiranya ia tidak ditadbir dan tidak dikawal dengan metodologi yang tepat.

Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan, dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.

Kadang kala, ada dalam kalangan kita yang mencari jalan singkat dan salah dalam mengatasi tekanan seperti ponteng kerja, melakukan masalah disiplin di tempat kerja, merokok, meminum arak dan sebagainya.

Berlaku juga kes-kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah yang mewujudkan pula masalah rumahtangga seperti pertengkaran dengan pasangan hidup, mendera anak, dan sebagainya.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam.

Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah SWT