Khamis, 7 Julai 2011

Masih Ada Rezeki

Sepanjang minggu ini Pengerusi Badan Keluarga pejabat penulis mengadakan Majlis Bacaan Yasin. Majlis ini akan diadakan sehingga 11hb Julai ini. Menurut Pengerusi Badan Keluarga, kami mengadakan majlis bacaan Yasin ini untuk memohon kepada Allah SWT supaya dimurahkan rezeki halal yang berpanjangan dan dijauhi segala musibah. Alhamdulillah... selepas Majlis Bacaan Yasin dan berdoa, kami dihidangkan pelbagai jenis makanan yang lazat-lazat oleh beberapa orang penaja yang bermurah hati.

Di bawah disertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan:













Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Badan Keluarga yang bersusah payah mengadakan Majlis Bacaan Yasin ini dan kepada individu yang sudi menaja makanan kami untuk majlis bacaan Yasin ini. Semoga mereka dijauhi sebarang musibah dan dimurahkan rezeki halal yang berpanjangan... Aminnn...

Selasa, 5 Julai 2011

Surah Yasin

Sudah pasti ramai yang mengetahui bahawa surah Yasin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam dan ia selalu dibaca pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan mengamalkan membaca surah Yasin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan. Di pejabat penulispun sering mengadakan majlis bacaan Yasin untuk mengelakkan sebarang musibah.


Kali ini penulis kongsikan beberapa khasiat membaca surah Yasin yang telah penulis temui di dalam sebuah laman web di internet.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
  • Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  • Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  • Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  • Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  • Jika terpenjara akan dibebaskan.
  • Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  • Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  • Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  • Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  • Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.


Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”


Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”


Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.


Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.



Begitu banyak khasiat dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui bacaan surah Yasin, seperti yang telah disebut seperti di atas Yasin umpama hati kepada al-Quran. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan Yasin. InsyaAllah.

Sumber: Mohd Isa

Isnin, 4 Julai 2011

Sunset di Tanjung Biru PD

Selepas kekenyangan melantak buah durian di pasar malam Teluk Kemang, kami di bawa bersiar-siar ke pantai Tanjung Biru untuk menunggu pemandangan matahari terbenam. Alang-alang sudah berada di situ, kamipun mengambil gambar sunset sepuas-puasnya. Alhamdulillah suaca sangat baik petang itu. Selalunya cuaca mendung dan hujan sahaja. Di bawah di antara foto-foto yang sempat penulis rakamkan. Oleh kerana penulis bukan photographer pro, foto yang dirakam tidak secantik manapun...




Petang hari itu suasana tenang, damai dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Penulis duduk sambil minum-minum melihat matahari terbenam. Frust tiada internet sepanjang bermesyuarat buku teks. Oleh itu, sekali sekala menikmati senja di tepi pantai, best juga.




Menyaksikan keindahan ciptaan Allah sungguh mendamaikan apabila melihat sunset ini, dapat juga tenangkan fikiran penulis dari kekusutan. lebih-lebih lagi dengan masalah di tempat kerja sekarang, memang kena tenang betul lah. Maklumlah masa depan yang tidak menentu!.

Jumaat, 1 Julai 2011

Makan Buah Durian di PD

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Cuba lihat foto-foto di bawah. Pasti ada antara kita yang terliur apabila melihat gambar buah durian dengan ulasnya yang kuning keemas-emasan, tetapi ada juga yang menutup hidung kerana baunya.

En. Taib, pakar memilih durian.

Editor yang belanja kami makan durian.

Selepas selesai berbengkel, kami dipelawa makan durian oleh editor di pasar malam Teluk Kemang. Penulis bukanlah pengemar buah durian tetapi sukalah juga makan buah durian. Almaklumlah kadar peningkatan darah menyebabkan penulis lebih berhati-hati untuk mengambil makanan yang berisiko tinggi.

Buah durian yang en. Taib pilih.

Susah hendak cari durian di KK.

Di pasar malam Teluk Kemang sahaja, terdapat ramai penjual buah durian dengan harga yang agak berpatutan. Sebenarnya membeli buah durian di pasar malam ini memerlukan teknik bagi memastikan kita tidak mudah tertipu. Jika tersilap, buah durian yang dipilih dalam keadaan yang tidak elok. Tetapi, kami bernasib baik kerana salah seorang rakan kami iaitu en. Taib Supandi merupakan pakar dalam memilih buah durian yang terbaik.

Membuka buah durian juga memerlukan teknik yang betul.

Manisnya durian itu.

Alhamdulillah, petang itu kami dibelanja oleh editor-editor dari Negeri di Bawah Bayu. Oleh kerana agak sukar mencari buah durian di Sabah, kebetulan mereka berada di semenanjung, merekapun memborong sebakul durian dan mengajak kami makan beramai-ramai. Kami makan durian di pasar malam itu juga. Terima kasih puan Anita dan rakan-rakannya kerana belanja kami makan buah durian sehingga puas dan kenyang.

Makan durian hingga kenyang.

Oleh kerana tidak mahu membazir, en. Taib menghabiskan durian yang ada.

Setelah kenyang dan puas makan buah durian, kami ke Tanjung Biru, Port Dickson untuk melihat keindahan matahari terbenam di pantai tersebut.

Khamis, 30 Jun 2011

Selaut Airmatamu...


Rasa berkecai dadaku
menahan sebak
luruh hanyutkan aku
ke laut hilang
biar mendekat
ke pulau pulau kasih
pengharapan

hanyut aku kesakitan
bersama sedih hati ikan ikan
gelombang menerpa
timbul tenggelam
di celah karang
karangku mereput resah
mengepung selaut air mataku
bergulung garam
pecah

kekasih
tertahan tahan sedih ini
tumpah melimpah
di kolam kolam.

Karya: Gopa

Selasa, 28 Jun 2011

Tiara Beach Resort

Setelah selesai berbengkel buku teks, Insya Allah penulis bercadang akan membawa keluarga berkelah di pantai buatan manusia yang terbesar di Malaysia iaitu di Tiara Beach Resort Port Dickson untuk mencari kelainan dan memberi kepuasan maksima semasa bercuti pada cuti umum nanti.

Tempat mendaftar masuk.

Menuju ke bilik penginapan.

Semasa penulis menginap di resort ini, banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti bermain bola tampar pantai, karaoke dan meluncur di relung tiub bersama keluarga. Dengan kemudahan seperti jakuzi, kedai serbaneka dan cenderahati, restoran dan ciri keselamatan yang ditawarkan oleh pihak resort dapat memberi keselesaan kepada pengunjung

Bilik yang selesa.

Tempat perkelahan.

Penulis dapati, kolam yang direka amat sesuai untuk kanak-kanak dan dilengkapi dengan air terjun, papan gelongsor dan buaian yang memberi keunikan tersendiri di Tiara Beach Resort.

Pemandangan dari tingkap hotel.

Kolam buatan manusia yang luas.

Pada sebelah malamnya, para pengunjung akan terhibur dengan hiburan yang disediakan oleh pihak resort. Paling dinantikan oleh para pengunjung pada sebelah malam sudah pastinya segmen ‘Staff Talent Comedy Show’ yang membuatkan para pengunjung ketawa dan seronok melihat aksi-aksi komedi yang begitu menghiburkan.

RM2o jika hendak berkelah di kolam ini.

Besar dan selesa.

Sekurang-kurangnya tempat sebegini dapat memberi kesegaran minda dan memberi nilai-nilai harmoni dalam kekeluargaan.


Isnin, 27 Jun 2011

Bengkel PMS 100% di PD

Minggu lepas, penulis ke Port Dickson. Ada bengkel buku teks yang dianjurkan oleh Kementerian. Sebagai designer, penulis kena pergi. Alhamdulillah, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi banyak juga pemurnian untuk grafik dan ilustrasinya. Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan.












Berakhirnya bengkel ini, maka bermulalah tugas kami untuk membuat pembetulan dan seterusnya dihantar ke pihak kementerian untuk tindakan seterusnya.