Penulis bergambar kenangan di hadapan Piramid
Sepanjang bulan Ramadhan, aku menonton siaran Ar-Risalah di Tv9, jam 1030 malam hingga 1100 malam. Dokumentari tersebut menceritakan zaman Mesir purba di zaman pemerintahan Firaun dan Nabi Musa. Apabila aku menonton rancangan ini, teringat aku semasa melancung ke negara ini iaitu ketika melawat Piramid.
Beberapa tahun lalu, aku mendakap Tembok Besar China dalam suhu yang sejuk. Selepas beberapa tahun kemudian aku berdiri dengan penuh kagum dalam cuaca panas di hadapan salah satu daripada tujuh ajaiban dunia, Piramid di Mesir.
Aku kepingin melihat sendiri rahsia di sebalik reka bentuk binaan agung di dunia itu kerana selama ini hanya membaca buku dan menonton dokumentari di televisyen.
Alhhamdulilah, Allah memakbulkan doa kerana Badan Keluarga DBP telah mengadakan lawatan ke Mesir.
Aku seperti tidak percaya melihat seni bina Piramid itu yang tingginya kira-kira 147 meter itu. Ahli arkeologi percaya binaan itu menggunakan 100.000 hamba abdi dan siap dalam tempoh 30 tahun.
Lebih terpegun, binaan itu menggunakan 2.3 juta batu batan yang beratnya 2.5 tan hingga 16 tan setiap satu.
Petapa besarnya batu Piramid di belakang penulis
"Memang tidak masuk akal," kata aku memikirkan mahluk bagaimana yang mampu mengankat batu seberat ini, apatah lagi ketika itu tiada jutera, arkitek atau pakar kaji bumi.
Jesturu itu tidak hairan ada yang mendakwa Piramid di bina makhluk asing.
Mengikut sejarah, minumen ini dibina atas arahan pemerintah Mesir purba, Firaun Khufu sekitar 2,560 sebelum masihi untuk dijadikan makamnya. Ia menjadi binaan tertinggi di dunia selama lebih 43 abad.
Saya mencuba mendaki binaan itu tetapi di dalam cuaca panas, badan cepat letih apatah lagi untuk masuk ke dalam Piramid. Kami dinasihatkan tidak berbuat demikian kerana di dalam Piramid oksigen amat terhad.
Aku mengambil peluang menyentuh batu bata yang menghasilkan binaan Piramid selain merakam gambar bersama ahli rombongan lain kerana ini mungkin peluang sekali seumur hidup.
Sebelum berangkat ke tempat seterusnya, aku terbayang Piramid, binaan agung yang menjadi kebanggaan rakyat Mesir dan dunia. Jika monumen itu dianggap luar biasa dan ajaib, bayangkan kekuasaan Allah, tentu lebih besar dan maha agung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan