Selasa, 18 Ogos 2009

Mini Konsert Ella - with PowerShot Promo Tour

Sudah lama penulis merindui persembahan ratu rock, Ella, yang penuh bertenaga. Kali pertama penulis menyaksikan persembahan Ella pada tahun 1987 yang lalu. Ketika penulis berusia 18 tahun di sebuah tapak expo Jalan Kelang Lama, Petaling Jaya. Persembahan yang hebat itu memang penulis tidak dapat lupakan hingga sekarang. 


Ella tidak jemu-jemu melayan peminatnya


Ella memulakan tepat pada jam 8.30 malam

Kemarin, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin telah mengubat kerinduan penulis dengan mini konsert People & Places With PowerShot Promo Tour dengan menjadikan The Mist Club, sebagai destinasi pertamanya pada malam minggu lalu.


Ella yang kehausan


Ella memulakan persembahan dengan lagu Bad Hair Day

Sungguh istimewa, mini konsert ini diadakan sempena mempromosi album kompilasinya, Ella-Greatest Hits dan produk kamera Canon. Penulis yang secara kebetulan memiliki kamera produk Canon dapat menyaksikan mini konsert ini secara percuma. Mini konsert ini juga adalah untuk meraikan harijadi Ella yang jatuh pada 31 Julai lalu selain meraikan perjalanannya sebagai anak seni selama 22 tahun.


Persembahan Ella yang penuh bertenaga seperti 20 tahun dahulu


Ella beraksi manja

Mini konsert ini dijangkakan bermula pada jam 8.00 malam. Kelewatan 15 minit membuatkan hampir kesemua penonton mula bersorak, menjerit dan memanggil-mangil nama Ella. Mereka ini seolah-olah tidak sabar menanti kemunculan ratu rock kesayangan mereka. Ella memulakan persembahan lebih kurang pada jam 8.30 malam. Penulis yang sangat teruja agak terperajat apabila menyaksikan persembahan Ella yang masih bertenaga sama seperti 22 tahun dahulu. 

Mini konsert ini dimulakan seperti biasa dengan Music Montage.


Ella yang bergelar Ratu Rock Malaysia


Penonton yang histeria dan turut sama menyanyi bersama Ella

Lagu Bad Hair Day menjadikan penonton terus histeria dan turut sama menyanyi bersama Ella. Diikuti dengan lagu Pengemis Cinta, Permata Biru, Puteri Kota, Identiti, Rama-Rama, Layar Impian, Sembilu, Sepi Sekumtum Mawar Merah, Tiada Tangis Lagi, Permata Pemotong Permata, Dua Insan Bercita, Jiwa Setia, Puisi Hamba dan beberapa lagu hit lain lagi.


Gaya tersendiri Ella


Adik ella, Korie, turut penampilan khas dalam konsert mini ini

Kerancakan konsert tersebut tidak pernah berhenti kerana lagu-lagu yang dimainkan merupakan lagu-lagu hit Ella ditambah pula dengan aksi bertenaga dari persembahan dan vokal Ella membuatkan penonton tidak pernah berhenti melayan setiap lagu yang dimainkan. Sehinggalah lagu 'Nuri' yang pernah popular pada tahun 1994 dinyanyikan Ella, kesemua penonton tidak berhenti menyanyi lagu tersebut dari mula hingga ke akhir lagu itu.


Ella bersama gitaris Amir


Sebahagian peminat fanatik Ella

Ella mengakhiri persembahan tepat pada jam 10.30 malam. Apa yang penulis dan peminat-peminat rasa terkilan, apabila tiada pengumuman bahawa Mini konsert ini telah berakhir. Penonton masih setia menanti kemunculan Ella seterusnya. Namun peminat agak hampa apabila melihat krew-krew sedang mengemaskan peralatan muzik.

Tiada ulasan: