Isnin, 10 Ogos 2009

Sekitar MASKARA

Walaupun penulis kurang sihat, namun penulis gagahkan juga untuk menghadiri Majlis Malam Baca Naskhah SiNDiket SOL-jah atau dikenali dengan malam MASKARA yang telah berlangsung di Rumah Pena pada malam Sabtu lalu. Penulis cukup terhibur pada malam tersebut kerana menyaksikan pelbagai acara, iaitu drama bersajak, nyayian berakustika dan bacaan puisi. Oleh kerana terlalu asyik, tidak terasa pula ketika itu penulis tidak sihat iaitu demam, selsema dan batuk.


Beeha - gadis suka menyanyi tapi benci menari.


Saudagar Garam membaca berita terkini.


Saudagar Garam - tauke yang menjual rasa masin kepada dunia.


Syafiq Sunny and Superfriends - sebuah drama bersajak.


Danielle Corleone - orang media yang misterius.


Sofi Jikan - aktor berakustika.


Nik - melayan perasaan melalui gitar tongnya.


Penonton yang sangat teruja hendak mendengar berita terkini dari Saudagar Garam.


Antara penonton yang hadir pada malam tersebut.


Poster Maskara yang kali ke 16.

Walaupun tidak ramai yang hadir, tetapi jamuan yang disediakan oleh penaja & pihak penganjur amat menyelerakan sehingga berjaya dihabiskan oleh tetamu yang hadir. Terima kasih daun keladi kepada mereka. 

Tidak sabar pula menanti majlis MASKARA yang akan datang...

Tiada ulasan: