Khamis, 13 Ogos 2009

Panduan Memakai Topeng H1N1

Hari ini penulis dan rakan-rakan sepejabat diberi percuma seorang satu topeng H1N1. Didapati masih ramai di kalangan kami yang memakai topeng ini dengan cara yang salah. Di bawah ini disertakan panduan pemakaian topeng H1N1 yang penulis perolehi dari salah satu website kesihatan:


Tilano J yang sangat teruja memakai topeng H1N1
  • Basuh tangan sebelum memakai dan selepas menanggalkan topeng muka.
  • Tetulang besi ialah bahagian atas.


Kaki seperti wanita arab apabila memakai topeng
  • Arah lipatan mengarah ke bawah ialah bahagian luar.
  • Letak getah topeng muka dengan kemas di belakang telinga (jika jenis tali ikat dengan kemas belakang kepala).


Arin seperti tidak selesa apabila memakai topeng H1N1
  • Topeng muka mesti menutupi hidung, mulut dan dagu.
  • Tetulang besi hendaklah tekan mengikut bentuk hidung dan muka.


Penulis seperti berkerja di hospital pula...he..he...
  • Jangan sentuh permukaan topeng muka untuk mengelakkan pencemaran.
  • Apabila menanggalkan topeng muka, elakkan menyentuh bahagian luar kerana bahagian ini kemungkinan mengandungi kuman.


Adi begitu bergaya apabila mengenakan topeng H1N1
  • Buang topeng muka yang telah digunakan dengan melipat ke dalam bahagian luar atau bungkus dalam beg plastik sebelum buang dalam tong sampah.
  • Ganti topeng muka jika ianya rosak, basah atau berhabuk.


Maclee begitu selesa dengan topeng ini


Nazer dalam sesi bergambarpun sempat memakai topeng H1N1


Parchie seperti Faizal Tahir apabila memakai topeng

Apa itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan berjangkit dari manusia kepada manusia.


Jacob pula seperti doktor pakar bedah


Jangan salah gunakan topeng H1N1 ini.... he...he...

Untuk Doa Keselamatan dari Wabak Penyakit sila ke pautan Blog bekas Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus...

Tiada ulasan: