Selasa, 29 September 2009

Berhari Raya di Sungai Besar

Setelah seharian berehat di Ampang Tasik, esoknya kami berkira-kira hendak berhari raya di Sungai Besar pula. Tepat jam 11.00 pagi kamipun bertolak dari Ampang dan sampai di rumah tunang anak buah di kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, pada jam 1.00 petang. Oleh kerana kami sampai sudah tengahari, kami dijamu mee rebus special yang masak khas oleh ibu Hafiz iaitu tunang kepada Kak Lin. Sungguh sedap masakkan ibu Hafidz sehingga isteri penulis tambah sehingga tiga kali hehe... Siap minta resepi lagi!

Mencari lokasi menarik untuk berposing.

Merakam kenangan terindah di kunci air/palong ini.

Biru, warna tema keluarga penulis tahun ini.

Sempat lagi berposing di atas jambatan.

Setelah kami kekenyangan makan mee rebus special di rumah tunang Kak Lin, kamipun berangkat ke tempat kelahiran penulis pula. Kami sampai di Sungai Besar pada jam 4.00 petang dan terus singgah ke rumah kakak-kakak penulis di Kampung Tali Ayer 13, di Kampung Simpang Lima dan di Kampung Sungai Nibung. Agak sunyi suasana hari raya kali ini kerana anak-anak saudara dan saudara-mara sudahpun pulang ke rumah rumah masing-masing di ibu kota. Al-maklumlah kami datangpun sudah hari raya ke empat... huhuhuh.... Difahamkan, mereka terpaksa pulang awal untuk menggelakkan kesesakan di jalan raya.

Mereka tersangat teruja bergambar di kunci air/palong ini.

Memadu kasih di sawah padi?

Sebelah malamnya kami sempat bershoping di Pekan Sungai Besar. Oleh kerana sepanjang bulan Ramadhan, isteri penulis terlalu sibuk menjahit baju tempahan, di Sungai Besar, isteri mengambil kesempatan bershoping sakan membeli kueh raya dan baju raya untuk anak dara kami. Menurut isteri, fesyen pakaian yang terjual di sini sangat menarik dan harganya pula agak murah. Penulis dapati penduduk di daerah ini masih lagi sibuk bershoping, walaupun hari raya sudahpun masuk hari yang ke lima. Suasana di pekan ini pula, seperti di Hadyai, Siam. Sebagai anak jati Sungai Besar, penulis tersangatlah terasa bangganya.

Menanti kekasih di pagi raya.

Kenangan terindah pada hari raya 2009.

Oleh kerana anak buah penulis, Kak Lin orang bandar, tidak pernah melihat sawah padi walaupun hari-hari makan nasi he...he.. Kamipun membawa mereka melawat sawah padi yang terbentang luas di kampung penulis. Alhamdulillah cuaca yang sangat baik dan pemandangan pula menarik, kami sempat merakamkan kenangan terindah semasa berada di sana. 

1 ulasan:

su berkata...

nk resepi mi rebus spesel tuhhhhh!

leh x? hehe..

ni email su ye (ticesuzana@yahoo.com)

mekaseh :)