Bermula hari ini sehingga hari Khamis, itulah hari yang telah dijanjikan untuk anak penulis dan murid-murid tahun enam di seluruh negara yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Bagi setiap murid tahun enam yang belajar di sekolah agama pula akan menduduki peperiksaan PSRA yang akan diadakan pada 14hb hingga 17hb. September 2009 ini.
Anak penulis bersama rakan baiknya.
Kebiasaan seperti tahun-tahun yang lepas, jarak di antara peperiksaan UPSR dan PSRA, paling tidakpun selama sepuluh hari sahaja. Namun begitu pada tahun ini peperiksaan PSRA terpaksa diawalkan seminggu, bagi membolehkan para pelajar tahun enam turut sama-sama bergembira menyambut kedatangan Aidil Fitri nanti.
Apapun didoakan kepada semua murid agar diberikan ketenangan ketika menjawab soalan dan semoga berjaya di dalam peperiksaan UPSR dan PSRA. Tidak lupa juga kepada seluruh warga pendidik khususnya guru-guru tahun enam di Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran dan Sekolah Rendah Agama Ampang Tasek, jutaan terima kasih diucapkan di atas komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan bagi memastikan kejayaan murid-murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan