Isnin, 22 Februari 2010

Hari Jadi Penulis

Terima kasih rakan Famemas kerana menyediakan kek hari jadi penulis.

Seminggu sebelum 20hb Feb, beberapa orang rakan facebook telah mula mengucapkan selamat hari jadi kepada penulis. Kelmarin, semasa bermasyuarat kelabpun, ada rakan mengucapkan ucapan yang sama kepada penulis.

Balik di rumah, anak dan isteri tercinta rupa-rupanya membuat kejutan kepada penulis. Siap dengan kad ucapan dan kek sekali, tiadalah yang dapat menggambarkan betapa terharu dan gembiranya hati penulis dengan sambutan ini semua. Terima kasih kepada isteri kerana sudi menjadi suri sepanjang 15 tahun kita bersama. Dan kepada anak yang sama-sama mengharungi hidup ini dalam penuh cabaran dan ujian.

Penulis pernah bertanya kepada rakan-rakan yang mengaji agama mengenai apakah hukum menyambut hari lahir jadi ini. Kata mereka, ada yang berpandangan hukumnya adalah haram. Ini adalah kerana budaya ini adalah budaya agama lain atau barangkali merupakan budaya masyarakat yang tidak beragama.

Kata mereka lagi, ada juga sebahagian ulamak yang mengharuskannya, selagi mana tidak mengamalkan cara sambutan agama lain.

Menurut rakan penulis itu lagi, ucapan selamat hari jadi di kalangan masyarakat Muslim diiringi dengan bacaan doa selamat. Mendoakan rakan adalah satu amalan yang mulia. Nabi sendiri sehingga ke saat ajalnya, masih teringat dan mendoakan umatnya. Allah akan memaqbulkan doa kita untuk rakan, dengan cara mengurniakan kandungan doa tersebut kepada kita sebagai yang berdoa terlebih dahulu sebelum dikurniakan kepada yang didoakan. Siapa yang tidak mahu diri mereka didoakan semasa hari jadi?

Setahun tuanya usia kita, bermakna setahun bertambahnya kecerdikan kita, dan setahun dekatnya kita kembali kepada Allah SWT. Sewajarnya sambutan hari jadi perlu dijadikan peringatan buat diri kita, betapa semakin beratnya kita perlu menggalas amanah ilmu dan dakwah, kerana temujanji kita bertemu dengan Allah semakin dekat.

Erti hari lahir penulis, ialah kepada yang melahirkan, dan yang mengurniakan kelahiran. Alhamdulillah.

1 ulasan:

Idris Talu berkata...

Selamat menyambut Hari Jadi En Zul!
Bertambah usia kita, bertambah matang fikiran, bertambah pengalaman, bertambah rezeki.

Cuma kalau boleh talipinggang jangan bertambah panjang sudahlah - orang perempuan perut besor 9 bulan saja, kita orang lelaki, 9 tahun pun belum tentu surut. Saya percaya En. Zul tak begitu.

Selamat Hari Jadi, selamat berbahagia di samping keluarga.