Jumaat, 21 Mei 2010

Strategi kita masih lemah

Rasanya masih belum terlewat untuk penulis mengulas tentang Piala Thomas. Penulis dapat rasakan kehangatannya masih belum hilang. Malah di media massapun masih hangat membincangkan kekalahan teruk Malaysia di tangan China tempohari.

Penulis dan kelab Famemas antara ribuan penyokong yang telah membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil bagi memberi sokongan dan semangat kepada skuad badminton Piala Thomas Malaysia tempoh hari.

Suasana stadium sebelum perlawanan Malaysia dan China bermula.

Ternyata kekalahan 0-3 Malaysia kepada China, nyata menunjukkan pasukan negara masih kurang kemampuan dan ketahanan dalam meleraikan Tembok China.

Penulis dan rakan-rakan sebelum memasuki stadium.

Walaupun penulis dan seluruh rakyat Malaysia memberi sorakan hebat di Stadium Putra Bukit Jalil, kemenangan belum mampu menjadi milik Malaysia.

Rakan-rakan penulis sedang memberi sokongan kepada pemain Malaysia.

Kita sudah membariskan pemain badminton hebat termasuk wira kita Datuk Lee Chong Wei. Namun, kebanyakan peminat sukan badminton sangat kecewa dengan keputusan perlawanan itu, bahkan ada antaranya melemparkan kenyataan dalam media mengecam kekalahan Malaysia.

Doa dan sokongan TokMoh gagal merobohakan tembok negeri China.

Peminat harus memberi kata semangat dan ribuan terima kasih kepada pemain kerana mereka sudah mencuba sedaya upaya mengharumkan nama negara tetapi kecundang disebabkan strategi yang lemah.

One Malaysia

Sebagai tuan rumah, keputusan ini memang mengecewakan, tetapi kekalahan ini adalah kekalahan bermaruah kerana pemain Malaysia secara keseluruhannya mempunyai semangat juang tinggi dan kekalahan ini tidak harus dikecam. Ia jadi pengajaran untuk kejohanan seterusnya.

Tiada ulasan: