Tahniah kepada pasukan negara yang berjaya ke separuh akhir setelah menewaskan Denmark malam kelmarin. Sebagai penonton, suasana cemas sangat terasa. Semangat penyokong di stadium sangat kuat. Ini dapat dilihat semasa laungan kuat oleh penyokong Malaysia di stadium.
Sebelum memasuki stadium.
Di stadium, kami menyorak kegembiraan apabila setiap kali pasukan memenangi perlawanan. Kami dari Kelab Famemas begitu bersemangat sekali dengan bersorak dan memukul gendang setiap kali pemain negara mendapat mata dari pemain Denmark. Memang berbeza sekali apabila menonton secara live di stadium berbanding di rumah. Suasana di stadium lebih gamat dan sangat meriah.
Perlawanan malam kelmarin amat seronok dilihat kerana bukan sahaja permainan baik tetapi sangat sengit. Sekiranya pasukan negara kalah dengan semangat tersebut, langsung kami tidak merasa ralat. Berbeza semasa perlawanan dengan Jepun, penonton marah bukan kerana pasukan kalah tetapi semangat yang ditunjukkan kurang.
Diharapkan pasukan negara terus maju ke peringkat seterusnya. Kami penyokong pasukan negara sentiasa berdoa agar pasukan negara akan menjuarai Piala Thomas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan