Ahad, 24 Oktober 2010

Memilih Jurugambar

Musim cuti sekolah atau cuti umum menjadi masa yang sering dipilih untuk mengadakan majlis perkahwinan. Ini kerana tetamu yang diundang tidak mempunyai masalah memenuhi jemputan malah persediaan mengadakan majlis juga lebih mudah dilakukan. Majlis perkahwinan yang diadakan tidak akan bermakna jika semua detik yang berlaku pada hari istimewa itu tidak dirakam untuk tatapan saudara mara atau teman sekerja.

Bakal pengantin perlu bijak memilih jurugambar.

Oleh itu, memilih jurugambar adalah satu perkara mustahak yang perlu disenaraikan ketika merancang majlis perkahwinan atau apa jua majlis sekalipun. Memilih jurugambar perlu disesuaikan dengan peruntukan kerana setiap jurugambar mempunyai harga berbeza malah kemahiran mereka juga tidak sama. Terdapat juga jurugambar yang menawarkan pakej menarik dan sering menjadi pilihan pengantin kerana ia berbaloi dengan pelaburan mereka.

Setiap jurugambar mempunyai harga berbeza malah kemahiran mereka juga tidak sama.

Kebiasaannya, setiap jurugambar akan menetapkan harga berdasarkan kuantiti filem yang digunakan. Walaupun jurugambar masa kini menggunakan kamera digital, namun mereka masih meletakkan harga mengikut gulungan filem bagi memudahkan proses mengira. Setiap gulungan filem boleh menghasilkan 36 keping gambar dan harga yang ditetapkan bergantung kepada kawasan dan kemahiran jurugambar berkenaan.

Pengantin berhak mendapatkan jurugambar terbaik.

Terdapat jurugambar berpengalaman luas akan mengenakan harga tinggi mencecah ribuan ringgit terutama jika majlis yang diadakan itu di kawasan bandar. Namun, ada juga jurugambar menggenakan harga serendah RM100 terutama di kawasan kampung. Sebagai pengantin anda berhak mendapat jurugambar terbaik untuk merakam detik indah pada majlis perkahwinan anda. Jangan menerima sahaja cadangan saudara mara mengenai jurugambar yang mereka kenali. Tidak salah jika anda bertanya jurugambar itu koleksi gambar perkahwinan yang pernah diambil.


Antara soalan penting anda perlu ketahui selain kadar harga adalah jenis kamera yang digunakan serta pakej istimewa yang ditawarkan. Tidak semua kamera kamera digital SLR mampu menghasilkan gambar secantik yang anda idamkan dan seeloknya, anda ajukan soalan itu kepada jurugambar. Penggunaan lensa juga menentukan kualiti gambar yang akan dihasilkan. Selain itu, terdapat jurugambar yang menawarkan beberapa tawaran menarik seperti gambar disunting menggunakan teknik Photoshop malah terdapat juga jurugambar menghadiahkan pengantin sekeping gambar terbaik berserta bingkai.

Jurugambar sedang mengambil gambar pengantin.

Sebagai pengantin, anda perlu menentukan pada waktu bila jurugambar itu perlu menjalankan tugasnya. Ini kerana terdapat pasangan memilih menggunakan khidmat jurugambar untuk majlis pernikahan sahaja. Jadi, anda perlu tetapkan persetujuan dengan jurugambar bahawa anda perlukan khidmatnya sehingga majlis selesai atau pada sesi tertentu.

Antara pakej menarik yang ditawarkan.

Namun, terdapat pasangan pengantin yang lebih senang dengan khidmat pakej perkahwinan merangkumi juru runding, jurugambar, persalinan pengantin dan mekap yang lebih mudah kerana pengantin tidak perlu bersusah payah mencari. Kesimpulannya, bakal pengantin perlu sedikit rajin menbuat penyelidikan dan banyak bertanya kepada jurugambar yang dipilih bagi memastikan mereka berpuas hati dengan harga dan pakej ditawarkan serta tidak akan menyesal kemudian hari kerana saat indah pada majlis perkahwinan tidak dirakam sebaiknya.

Khamis, 21 Oktober 2010

Kenapa Saya Pilih Apple

Penulis mula menggunakan komputer berjenama Apple ketika ditugaskan membuat reka bentuk B. Teks Bahasa Melayu Tingkatan Lima kira-kira lapan yang lalu. Ketika itu penulis dibekalkan sebuah kumputer Apple G4 oleh majikan. Semenjak itu hinggalah sekarang penulis berterusan menggunakan komputer berjenama Apple ini. Oleh kerana itu, penulis lebih selesa menggunakan komputer berjenama Apple walaupun penulis ada sebuah kumputer PC di rumah.

G4 adalah komputer Apple pertama yang penulis gunakan.

Kenapa penulis lebih selesa mengunakan komputer berjenama Apple?. Sebenarnya penulis telah menggunakan komputer berjenama Apple ini semenjak dari tahun 2002 lagi. Oleh itu, penulis sudah biasa dengan OS X Leopard ini. Ada EMPAT SEBAB UTAMA kenapa penulis lebih selesa menggunakan komputer Apple. Mungkin dengan sebab ini boleh menjadi panduan kepada anda semua yang tidak pernah menggunakan komputer jenis ini.

Penulis sedang menggunakan komputer Apple iMac.
  • Sepanjang menggunakan komputer berjenama Apple ini, penulis tidak perlu install antivirus. Penulis juga tidak perlu risau ketika melayari internet ataupun menggunakan pendrive di USB komputer. Pendrive yang penuh dengan viruspun tidak menjadi masalah sebab virus itu tidak akan menyerang di Mac platform. Komputer Apple adalah bebas dari sebarang serangan virus.
  • Penulis berpendapat, kebolehan komputer berjenama Apple ini memang tiada tandingan melainkan high-end PC spec. Penulis boleh membuka perisian berat seperti Adobe Photoshop CS5, Flash CS3, After Effect CS3, Sound Forge, Dreamweaver, Sony Vegas 8.0 dan Mozilla (lebih 8 tab) simultaneously dengan begitu lancar sekali. Jika penulis menggunakan komputer PC, biasanya akan ‘hang‘ atau PC menjadi sangat perlahan.
  • Penulis suka dengan kestabilan platform Apple ini. Ianya tidak akan crash. Penulis tidak perlu format beberapa kali dalam setahun. Berbeza jika penulis menggunakan komputer PC, jika tidak di format, PC akan menjadi lembab. Selepas itu penulis kena re-install semua software pula. Buat masa ini, penulis lebih selesa menggunakan OS X Leopard (soon upgrade to Snow Leopard) berbanding Windows XP, Windows Vista ataupun Windows 7. Tetapi ini hanya pendapat peribadi penulis sahaja. Mungkin pengguna/peminat komputer PC, berlainan pendapatnya.
  • Reka bentuk produk Apple menarik, berkualiti tinggi dan teknologinya lebih kehadapan (biasanya manufacturer lain tiru selepas Apple memperkenalkan teknologi itu). Lihat sahaja produk Apple seperti iPhone, iPod, iPad, Macbook dan iMac, ada kelasnya tersendiri. Beberapa tahun yang lepas, penulis begitu kagum bagaimana Apple boleh mereka cipta komputer iMac tanpa tower yang berat. Komputer Apple hanya ada Monitor + Mouse + Keybord sahaja. Harddisk + RAM + Speaker + USB + DVD RW semua berada di dalam monitor yang nipis itu.
Sedang memindahkan fail dari Apple eMac ke iMac.

Penulis berharap anda semua mendapat sedikit gambaran kenapa penulis lebih selesa menggunakan komputer berjenama Apple ini. Ada dikalangan rakan-rakan sepejabat berkata, jika sudah menggunakan komputer Apple, anda mungkin tidak akan menggunakan komputer PC lagi. Penulis agak bersetuju dengan pendapat itu sekarang.

Sumber: Acai Jawa

Khamis, 14 Oktober 2010

Alhamdulillah, Siap Juga Akhirnya...

Pada awal tahun ini, penulis ditugaskan mereka bentuk b. teks yang berjudul Masalah Penglihatan (KaiMaL) Tahun Satu. Pada mulanya penulis agak suspen juga menerima tugas yang mencabar ini. Ini adalah kerana buku ini merupakan sebuah buku baharu yang akan diterbitkan oleh DBP. Difahamkan, buku ini hanya untuk kegunaan murid yang mempunyai masalah penglihatan sahaja. Buku ini akan diguna pakai oleh murid mulai tahun hadapan.

Penulis sedang memikirkan konsep buku yang dikendaki.

Sangkaan penulis, apabila men design buku yang baharu di terbitkan ini sudah tentulah banyak masalah dan karenahnya. Maklumlah, penulis belum dapat gambaran yang jelas konsep dan reka letak grafik yang dikehendaki. Lagipun ketika itu penulis lebih selesa mereka bentuk buku PJPK yang penulis tangani sebelum ini. Tetapi malangnya ketika itu, B. Teks PJPK di tangguhkan penerbitanya buat sementara waktu. Maka itu penulis ditugaskan pula mereka bentuk Buku KaiMaL ini. Demi tugas penulis menerima cabaran dan tanggungjawab yang di anggap berat ini dengan perasaan agak gementar.

Penulis dan editor sedang berbincang.

Jangkaan penulis meleset sama sekali. Rupa-rupanya mereka bentuk Buku KaiMaL ini agak mudah. Pengurus projek dan Pengawai Teknikal BBT mahukan konsep, grafik dan warna yang simple sahaja. Mereka mahukan grafik dan warna tertentu yang memudahkan penglihatan mata murid yang bermasalah. Secara berjenaka mereka berkata, "grafik yang terlampau akan membunuh murid-murid rabun ini".

Editor memainkan perananya ketika berbengkel.

Kali ini penulis ditugaskan bersama ilustrator baru yang kurang pengalaman tetapi cukup berbakat iaitu en. Mohd. Hisham Alias sementara editornya pula ialah en. Shah Rizal Azwan dan puan Roshasliza dari Bahagian B. Teks DBP. Malangnya di pertengahan musim, en. Shah Rizal Azwan ditugaskan menguruskan B. Teks Bahasa Tamil, maka tinggallah puan Roshasliza keseorangan menguruskan B. Teks KaiMaL ini sehingga siap.

Perbincangan ketika menghasilkan kulit.

Penulis buku ini pula merupakan individu-individu yang cukup berpengalaman dalam bidang Pendidikan Khas iaitu en. Noor Azlan dan Puan Suzana yang merupakan guru Pendidikan Khas yang berpengalaman luas mengajar di sekolah rendah dan menengah. Manakala en. Kway Eng Hock pula merupakan mantan guru Pendidikan Khas dan kini penyarah Pendidikan Khas di UPSI, Tanjung Malim, Perak.

Ilustrator berbincang dengan penilai dan penulis.

Sepanjang penulis design B. Teks KaiMaL ini, tiada masalah besar yang berlaku dan semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Ini adalah kerana ada kesefahaman antara ilustrator, editor, penulis, pengurus projek, pegawai teknikal dan ahli Jawatankuasa Kawalan Mutu. Kami bersatu dan telah mencapai kata sepakat demi kebaikan B. Teks KaiMaL ini.

Penulis bersama editor dan guru Sekolah Pendidikan Khas Alma, Pulau Pinang.

Segala permasalahan yang timbul, kami akan berbincang dan menyelesaikannya sebagai satu pasukan. Penulis cukup selesa berkerja dengan kumpulan ini kerana para penulis, editor, Ahli Jawatan Kuasa Kawalan Mutu, pengurus projek dan pegawai teknikal cukup hormat menghormati diantara satu sama lain.

Suasana bengkel sedang berlangsung.

Malang sekali, penulis tidak dapat meneruskan mereka bentuk B. Teks KaiMal ini untuk tahun 2 kerana penulis telah ditugaskan mereka bentuk B. Teks MPAT terlebih dahulu. Ketika ini penulis sedang ditugaskan mereka bentuk b. teks yang berjudul Kejuteraan Mekanikal Tingkatan 4. Walaubagaimanapun, penulis berharap, team baru Buku KaiMaL ini lebih ceria, lebih bersemangat dan lebih kreatif demi menghasilkan buku yang terbaik.

Sesi fotografi di bilik sumber di Sekolah Pendikan Khas, Alma, Pulau Pinang.

Sesungguhnya berkerja dengan kumpulan B. Teks KaiMaL ini memberi satu kenangan yang sukar dilupakan. Banyak peristiwa pahit dan manis yang berlaku di sepanjang pembikinan Buku KaiMaL ini. Apabila teringatkan peristiwa tersebut, membuatkan penulis tersenyum sendirian. Alhamdulillah, buku ini berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini juga, penulis memohon maaf kepada mereka-mereka yang terlibat jika ada kesalahan atau gurauan yang tanpa disengajakan ketika kita sama-sama terlibat dalam pembikinan buku ini. Jumpa lagi!

Rabu, 13 Oktober 2010

Ikan Pekasam/Wadik

Wadik atau pekasam versi Banjar, berbeza dari pekasam buatan lain-lain etnik dari penggunaan garam kasar, jumlah asam yang digunakan dan ikan yang digunakan. Jumlah garam yang digunakan adalah lebih banyak yang menyebabkan ikan wadik tahan lebih lama (antara 6 bulan - 1 tahun).

Ikan Sepat menjadi pilihan utama untuk dijadikan pekasam.

Garam juga membuatkan struktur daging ikan lebih memejal dan ini membuatkan ikan wadik tidak mudah hancur bila di goreng, manakala pekasam pula menggunakan garam dalam kuantiti yang kecil. Ini membuatkan ikan pekasam mereput dengan cepat sehinggakan tulang pun boleh kita makan. Ikan yang menjadi pilihan masyarakat Banjar juga berkait rapat dengan pekerjaan mereka sebagai pesawah. Oleh itu, ikan yang di jadikan wadik adalah ikan sawah seperti ikan sepat, haruan, keli dan puyu. Walau bagaimanapun, ikan sepat tetap menjadi pilihan untuk dibuat wadik.

Ikan yang telah dijadikan pekasam.

Cara maulah wadik (Banjar)
  • 15 ikung ikan sapat
  • 1/2 bungkus garam kasar (uyah)
  • 6 kaping asam gelugur - Asam Kaping
  • 1 cawan baras basangan hagan diulah samo (ditumbuk atawa digiling kasar)
  • 1 bigi cabai karing
  • 1 ulas bawang halui
  • 1 sudu gula amun suka
  1. Iwak dibarasihi. Andaki uyah. Jangan kalumpanan andaki jua dalam parot iwak
  2. Taburkan garam dalam wadah (guri), susun ikan berselang seli wan uyah
  3. Biar dipaja 3 malam
  4. Tapiskan banyu wadik, imbah tu jarang banyu wadik tu
  5. Kambohkan samo, cabai, bawang, gula wan ikan. Masukan banyu wadik tadi
  6. Paja sekurang-kurangnya saminggu, hanyar nyaman dimakan.
*cili wan bawang hagan menjauhkan wadik dari bahulat

Cara membuat pekasam (Melayu)


Bahan-bahannya:
  • 10 - 15 ekor ikan
  • 200 gm beras (digoreng tanpa minyak dan tumbuk/kisar, jangan halus sangat)
  • 2 sudu makan garam halus
  • dua genggam asam jawa
Caranya:
  1. Bersihkan ikan (mesti betul-betul bersih, kalau tidak ikan cepat busuk).
  2. Gaulkan beras, garam, beras dan asam jawa dengan 1/2 cawan air.
  3. Di dalam bekas, susun selang seli antara garam campur asam tadi dengan ikan. Masukkan juga ramuan tu dalam perut ikan.
  4. Jangan terus simpan dalam peti sejuk. Biarkan sekurangnya dua hari di luar kemudian baru simpan dlm peti sejuk.
Cara goreng:

Gunakan sedikit sahaja minyak. Goreng bawang kecil yang sudah dihiris dgn cili padi. Lagi banyak lagi sedap. Angkat. Kemudian baru goreng ikan pekasam dan campuran beras itu hingga garing. (Jangan basuh ikan tu!) Hidangkan dengan nasi panas. Wow, sedap

Sumber: Banjar Sungai Manik

Jumaat, 1 Oktober 2010