Pada awal tahun ini, penulis ditugaskan mereka bentuk b. teks yang berjudul Masalah Penglihatan (KaiMaL) Tahun Satu. Pada mulanya penulis agak suspen juga menerima tugas yang mencabar ini. Ini adalah kerana buku ini merupakan sebuah buku baharu yang akan diterbitkan oleh DBP. Difahamkan, buku ini hanya untuk kegunaan murid yang mempunyai masalah penglihatan sahaja. Buku ini akan diguna pakai oleh murid mulai tahun hadapan.
Penulis sedang memikirkan konsep buku yang dikendaki.
Sangkaan penulis, apabila men design buku yang baharu di terbitkan ini sudah tentulah banyak masalah dan karenahnya. Maklumlah, penulis belum dapat gambaran yang jelas konsep dan reka letak grafik yang dikehendaki. Lagipun ketika itu penulis lebih selesa mereka bentuk buku PJPK yang penulis tangani sebelum ini. Tetapi malangnya ketika itu, B. Teks PJPK di tangguhkan penerbitanya buat sementara waktu. Maka itu penulis ditugaskan pula mereka bentuk Buku KaiMaL ini. Demi tugas penulis menerima cabaran dan tanggungjawab yang di anggap berat ini dengan perasaan agak gementar.
Jangkaan penulis meleset sama sekali. Rupa-rupanya mereka bentuk Buku KaiMaL ini agak mudah. Pengurus projek dan Pengawai Teknikal BBT mahukan konsep, grafik dan warna yang simple sahaja. Mereka mahukan grafik dan warna tertentu yang memudahkan penglihatan mata murid yang bermasalah. Secara berjenaka mereka berkata, "grafik yang terlampau akan membunuh murid-murid rabun ini".
Kali ini penulis ditugaskan bersama ilustrator baru yang kurang pengalaman tetapi cukup berbakat iaitu en. Mohd. Hisham Alias sementara editornya pula ialah en. Shah Rizal Azwan dan puan Roshasliza dari Bahagian B. Teks DBP. Malangnya di pertengahan musim, en. Shah Rizal Azwan ditugaskan menguruskan B. Teks Bahasa Tamil, maka tinggallah puan Roshasliza keseorangan menguruskan B. Teks KaiMaL ini sehingga siap.
Penulis buku ini pula merupakan individu-individu yang cukup berpengalaman dalam bidang Pendidikan Khas iaitu en. Noor Azlan dan Puan Suzana yang merupakan guru Pendidikan Khas yang berpengalaman luas mengajar di sekolah rendah dan menengah. Manakala en. Kway Eng Hock pula merupakan mantan guru Pendidikan Khas dan kini penyarah Pendidikan Khas di UPSI, Tanjung Malim, Perak.
Sepanjang penulis design B. Teks KaiMaL ini, tiada masalah besar yang berlaku dan semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Ini adalah kerana ada kesefahaman antara ilustrator, editor, penulis, pengurus projek, pegawai teknikal dan ahli Jawatankuasa Kawalan Mutu. Kami bersatu dan telah mencapai kata sepakat demi kebaikan B. Teks KaiMaL ini.
Segala permasalahan yang timbul, kami akan berbincang dan menyelesaikannya sebagai satu pasukan. Penulis cukup selesa berkerja dengan kumpulan ini kerana para penulis, editor, Ahli Jawatan Kuasa Kawalan Mutu, pengurus projek dan pegawai teknikal cukup hormat menghormati diantara satu sama lain.
Malang sekali, penulis tidak dapat meneruskan mereka bentuk B. Teks KaiMal ini untuk tahun 2 kerana penulis telah ditugaskan mereka bentuk B. Teks MPAT terlebih dahulu. Ketika ini penulis sedang ditugaskan mereka bentuk b. teks yang berjudul Kejuteraan Mekanikal Tingkatan 4. Walaubagaimanapun, penulis berharap, team baru Buku KaiMaL ini lebih ceria, lebih bersemangat dan lebih kreatif demi menghasilkan buku yang terbaik.
Sesi fotografi di bilik sumber di Sekolah Pendikan Khas, Alma, Pulau Pinang.
Sesungguhnya berkerja dengan kumpulan B. Teks KaiMaL ini memberi satu kenangan yang sukar dilupakan. Banyak peristiwa pahit dan manis yang berlaku di sepanjang pembikinan Buku KaiMaL ini. Apabila teringatkan peristiwa tersebut, membuatkan penulis tersenyum sendirian. Alhamdulillah, buku ini berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Di kesempatan ini juga, penulis memohon maaf kepada mereka-mereka yang terlibat jika ada kesalahan atau gurauan yang tanpa disengajakan ketika kita sama-sama terlibat dalam pembikinan buku ini. Jumpa lagi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan