Ahad, 15 Mei 2011

Menonton di Growball Cinemax, Centre Point..

Setelah seharian bermesyuarat, untuk menghilangkan stres, rakan penulis mengajak menonton wayang beramai-ramai di Growball Cinemax, Centre Point, Kota Kinabalu. Filem yang kami tonton ialah Fast Furious. Tiket berharga RM6. Masa yang kami pilih ialah 9.50 malam. Ketika sampai, penonton sangat ramai sehingga kehabisan teket. Mujurlah rakan penulis terlebih dahulu menempah teket. Sememangnya masyarakat di Kota Kinabalu memang gemar menonton wayang.

Poster.

Filem ini memang menarik kerana jalan ceritanya yang bagus dan plot yang tersusun tidak seperti filem sebelum ini yang hanya lebih kepada perlumbaan kereta sahaja. Di dalam filem kali ini anda akan dipertontonkan dengan nilai kekeluargaan, setiawakan, kebebasan dan elemen komedi serta aksi kejar - mengejar dan berlawan yang sangat menarik dan hebat. Anda akan terpesona melihat kereta mahal yang terjunam ke dalam tasik, perlumbaan kereta menggunakan kereta polis dan berbagai - bagai lagi aksi dan suasana yang direka dengan cukup kreatif dan menghiburkan.

Pawagam di Center Points.

Kami terhibur dengan humor yang ditonjolkan oleh watak Roman dan Tej serta aksi yang dilakonkan oleh Van Diesel serta Dwayne Johnson. Memang anda tidak akan kering gusi menonton sebab memang kelakar dan sangat dramatik. Penulis tidak tahu membuat ulasan, tetapi senang cakap, filem ini memang terbaik dan kreatif kerana dari babak permulaan filem ini sahaja sudah membuatkan anda teruja, ingin tahu dan bersemangat menonton sehingga ke penamat filem ini.

Menanti movie ditayangkan.

Anda boleh menonton filem ini di pawagam berdekatan untuk mengetahuinya secara lebih lanjut. Bagi penulis, filem ini tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga kerana banyak adegan ganas dan diketogori sebagai filem 18 SG.

1 ulasan:

Cikgooden berkata...

laaaaa...ke Sabah hang dean?..


center point tempat aku lepak lepak jugak dulu ni.....kenangan duduk di KK selama 4 tahun masih menggamit-gamit