Rabu, 25 Januari 2012

Menonton Movie di Tahun Baru Cina

Semenjak penulis berkerja kembali, masa untuk bersosial terutama untuk menonton wayang kembali terhad. Oleh kerana ada cuti Tahun Baru Cina yang agak panjang, penulis berkesempatan menonton dua buah movie iaitu The Viral Factor dan Underworld: Awakening. Kedua-dua movie ini penulis tonton di pawagam MBO, Galaxy Ampang.


Pada Hari Isnin yang lalu, penulis berpeluang menonton filem aksi Hongkong yang hampir 80% pengambarannya di Kuala Lumpur. Filem ini mengisahkan ejen Jon (Jay Chou) mengalami kecederaan teruk ketika menjayakan sebuah misi dan memutuskan untuk menghabiskan hari-hari terakhir hidupnya bersama si ibu. Wanita itu pula mendedahkan rahsia yang lama tersimpan kepadanya.

Bagi menunaikan impian ibunya, Jon pergi ke Kuala Lumpur dan bersahabat dengan pakar perubatan, Rachel (Lin Peng). Apabila Rachel dipaksa menyertai skim anjuran pertubuhan jenayah, Jon cuba menyelamatkannya.


Semalam, penulis berpeluang menonton filem Underworld: Awakening. Filem ini merupakan franchise ke-4 dalam siri filem Underworld selepas filem pertamanya, Underworld yang ditayangkan pada tahun 2003, Underworld: Evolution (2006) dan Underworld: Rise of The Lycans (2009).

Kate Beckinsale kembali memegang watak Selene, selepas watak beliau tiada dalam filem ketiga (Underworld: Rise of The Lycans) kerana filem tersebut merupakan prequel kepada dua siri filem sebelum ini. Filem ini merupakan sambungan kepada Underworld: Evolution. Kebiasaannya, filem ini akan melibatkan pertempuran antar kaum vampire dan werewolf. Tetapi kali ini, ia juga melibatkan manusia.

Manusia telah dijangkiti dengan wabak vampire dan werewolf, dimana manusia mula berubah rupa dan boleh berubah menjadi vampire dan werewolf. Satu pasukan telah ditubuhkan untuk menjalankan pembasmian dimana mereka membunuh semua manusia yang telah dijangkiti dengan wabak tersebut kerana tiada vaksin yang mampu mengembalikan mereka menjadi manusia normal.

Ini meneybabkan kaum manusia juga membunuh puak vampire dan werewolf (Lycans) menyebakan mereka semua terpaksa menyorok dari menjadi mangsa pembasmian manusia.

Selene (Kate Backinsale) dan Michael Corvin (Scott Speedman) cuba melarikan diri dar pembasmian. Mereka telah ditangkap tetapi tidak dibunuh sebaliknya mereka manjadi bahan ujikaji oleh kaum manusia yang diketuai oleh Doktor Jacob Lane (Stephen Rea).

Selene dan Corvin telah dibekukan di dalam makmal tetapi akhirnya ada seseorang yang telah membantu Selene melepaskan diri. Selene pun melarikan diri dari makmal tersebut dan baru Selene sedar yang dia sudah dibekukan selama 12 tahun.

Selene kemudiannya bertemu dengan David (Theo James) salah seorang dari suku vampire yang kini menyembunyikan diri kerana takut terbunuh dalam pembasmian yang dilakukan oleh kaum manusia. Selene kemudian berjuang untuk mempertahankan suku vampire tersebut sambil mencari kembali kemana hilangnya Michael Corvin.

Kesimpulannya kedua-dua filem aksi ini sangat menghiburkan.

Sumber: Internet


Tiada ulasan: