Khamis, 2 Februari 2012

BR1M

Ketika Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dilancarkan, kebetulan penulis sedang menganggur. Disebabkan itu penulispun memohon tanpa ragu-ragu. Sebulan kemudian, permohonan penulis diterima dan layak menerima sumbangan tersebut. Penulis diminta ke pejabat UMNO, Ampang untuk mengambil duit bantuan itu.

Bangunan UMNO Bahagian Ampang.

Semak nama.

Semalam penulis ke pejabat UMNO Ampang untuk mengambil duit bantuan itu. Walaupun mengalami kesesakan lalulintas di sepanjang perjalanan ke sana, tetapi suasana lenggang di pejabat UMNO Ampang. Tidak sangka pula, begitu mudah mengambil duit bantuan tersebut. Hanya semak nama di kuanter kemudian diberi sekeping voucer dan menukarkannya dengan wang tunai di kuanter seterusnya. Sangat mudah dan tidak perlu beratur panjang.

Kuanter bayaran.

Tukar voucar dengan wang tunai di sini.

Walaupun penulis gembira menerima wang sumbangan tersebut, namun penulis turut bersedih apabila mendapat tahu ada dikalangan rakan-rakan yang tidak dapat duit sumbangan tersebut. Mereka dikatakan tidak memenuhi syarat kelayakan dan nama telah tersenarai dalam maklumat isi rumah yang lain. Walaubagaimanapun mereka dikatakan sedang merayu. Penulis doakan semoga rayuan mereka berjaya akhirnya.

Mudah dan pantas.

Kuanter yang selesa.

Ingatkan bolehlah pegang duit sumbangan tu lama-lama. Rupa-rupanya hanya sementara sahaja. Ketika sedang berkira-kira makan besar dan bershopping sakan, anak penulis terlebih dahulu menunggu di muka pintu rumah. Dengan tersenyum dia meminta wang bantuan tersebut untuk membayar yuran tuisyen PMR nya selama tiga bulan.

Jalan sesak di hadapan bangunan UMNO Ampang.

Terima kasih daun keladi kepada kerajaan yang prihatin dan memberi wang bantuan ini walaupun penulis bukan penyokong tegar mana-mana parti politik. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak dan maut jangan dicari.

Tiada ulasan: