Selasa, 21 Februari 2012

Hari Jadi

Sehari sebelum 20hb Feb, beberapa orang rakan facebook telah mula mengucapkan selamat hari jadi kepada penulis. Sehingga kini, masih ada rakan mengucapkan ucapan yang sama kepada penulis.Sambutan hari jadi kali ini agak unit dan istimewa kerana disambut bersama puan Aini, rakan sepejabat yang tarikh lahir iaitu hari, bulan dan tahun yang sama. Cuma yang membezakan hanya saiz badan kami sahaja hehe...

Sambut Hari Jadi di pejabat baru tahun ini.

Balik di rumah, anak dan isteri tercinta rupa-rupanya membuat kejutan kepada penulis. Siap dengan kad ucapan dan kek sekali, tiadalah yang dapat menggambarkan betapa terharu dan gembiranya hati penulis dengan sambutan ini semua.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan facebook dan sepejabat yang mengucapkan selamat hari jadi dan mendoakan agar penulis dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Sesungguhnya doa kalian adalah sesuatu amalan yang mulia. Nabi sendiri sehingga ke saat ajalnya, masih teringat dan mendoakan umatnya.

Allah akan memaqbulkan doa kita untuk rakan, dengan cara mengurniakan kandungan doa tersebut kepada kita sebagai yang berdoa terlebih dahulu sebelum dikurniakan kepada yang didoakan. Siapa yang tidak mahu diri mereka didoakan semasa hari jadi?

Setahun tuanya usia kita, bermakna setahun bertambahnya kecerdikan kita, dan setahun dekatnya kita kembali kepada Allah SWT. Sewajarnya sambutan hari jadi perlu dijadikan peringatan buat diri kita, betapa semakin beratnya kita perlu menggalas amanah ilmu dan dakwah, kerana temujanji kita bertemu dengan Allah semakin dekat.

Erti hari lahir bagi penulis, ialah kepada yang melahirkan, dan yang mengurniakan kelahiran. Alhamdulillah.

Tiada ulasan: