Rabu, 8 Februari 2012

Azura 2012

Ingatkan setelah kembali berkerja, masa untuk menonton movie agak terhad, rupa-rupanya masih berpeluang menonton kerana ada cuti am yang banyak. Semalam, penulis ke pawagam MBO Glaxy Ampang untuk menonton filem Azura 2012. Penulis memang tidak merancang menonton filem ini kerana pergi pawagam main terjah sahaja. Kebetulan pada masa itu filem Azura 2012 hendak ditayangkan.

Sebelum membaca review filem ini, terlebih dahulu kita berkenalan dengan individu yang menjayakan Filem Azura 2012 ini. Filem ini merupakan filem terbitan Ace Motion Pictures Sdn Bhd. Filem Azura adalah filem arahan Aziz M.Osman. Antara pelakon yang menjayakan filem azura ialah Neelofa (Azura), Shahz Jaszle (Zek), Afdlin Shauki (Tan Sri Putih), Erma Fatimah (Mak Su) dan ramai lagi. Neelofa yang membawakan watak Azura memang seksi dan cantik tetapi lakonannya sahaja yang kurang penghayatan.


Sinopsis:
Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibubapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990. Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuatkan Zek tiada deria ‘survival’. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.

Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan ‘darjat tinggi’ Zek, membuat dia merasa Azura saja yang dapat memimpinnya. Setelah melihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri.

Ayah Zek, Tan Sri Puteh mempertikaikan kredibiliti Zek untuk menjadi seorang suami yang baik. Padanya Zek belum matang dan berkemungkinan akan merosakkan masa depannya dan Azura. Zek dan Azura lari ke London dan berkahwin. Kerana kedegilan Zek, Tan Sri Puteh mengambil keputusan untuk tidak lagi menyara Zek namun Zek menerimanya sebagai satu cabaran.


Zek dan Azura kembali ke Kuala Lumpur dan menjalani kehidupan baru. Kerana kekurangan pengalaman dan kelayakkan, Zek menghadapi masalah untuk mendapat kerja dan akhirnya bekerja sebagai pembantu di stesen petrol manakala Azura pula terus berjaya dibidang akademik dan di tawarkan bekerja di luar negara.

Tekanan pekerjaan menjejaskan emosi Zek, Azura pula terpaksa berahsia tentang kejayaannya kerana tidak mahu Zek merasa rendah diri. Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun. Bila mengetahui Azura berbohong, dia merajuk dan menginggalkan Azura. Azura terpaksa membuat pilihan, sama ada meneruskan cita-citanya atau terus setia menanti suami.



Anda boleh menonton filem ini di pawagam berdekatan untuk mengetahuinya secara lebih lanjut. Bagi penulis, filem ini ok, cuma tidak sehebat Filem Azura zaman 1984. Mungkin juga Filem Azura versi 2012 ini keterlaluan dalam proses suntingan.

Sumber: Internet

Tiada ulasan: