Isnin, 27 Februari 2012

Makan Tengahari

Semasa penulis berkerja di Kuala Lumpur dahulu, banyak pilihan tempat makan yang berdekatan untuk serapan dan makan tengahari. Tetapi, semenjak berkerja di AU3 Keramat, mencari tempat makan agak terhad. Jika ada pun agak berjauhan dari tempat kerja. Hanya Restoran Nasi Kandar Suberi sahaja yang berhampiran. Itupun berpeluh juga apabila berjalan kaki

Berpeluh juga menapak ke restoran ini.

Restoran Suberi.

Walaupun papan tanda kedainya menunjukkan Nasi Kandar Suberi tetapi ianya bukan restoran nasi kandar mamak seperti yang selalu kita makan. Berkemungkinan pemilik restoran ini ada berdarah India yang berasal dari sebelah utara kerana ada bendera negeri Kedah terlekat di dinding restoran tersebut.

Waktu tengahari memang sesak.

Macam-macam lauk yang berasaskan kari.

Restoran ini menghidangkan ayam goreng, sotong goreng, udang goreng dan masakan berasaskan kari yang boleh menyebabkan air liur anda meleleh. Bertambah enak makanan ini dicecah dengan sambal belacan dan berulamkan sayur-sayuran segar. Dengan menu istimewa ini, restoran ini berterusan dikunjungi pelangan terutama di waktu puncak. Harganya boleh tahan juga, ayam goreng sahaja sudah RM5 seketul manakala sotong dan udang goreng boleh mencecah sehingga RM7 ke RM10 seketul. Makanan boleh minta dihidang atau ambil sendiri secara sepinggan.

Ayam goreng, ikan goreng dan udang goreng.

Macam-macam ada.

Tidak adil, jika hendak dikatakan makanan di sini sangat sedap. Tetapi, ketika kami tiba di restoran ini, tempat duduk dipenuhi dengan pelanggan dan kami terpaksa menunggu pula. Dengan jumlah pengunjung yang datang yang tidak putus-putus dan boleh di katakan sedaplah juga. Harganya pula memang dalam bajet penulis iaitu dalam sekitar RM10 seorang. Nampak gayanya hanya di hari gaji sahaja penulis mampu makan tengahari di restoran ini he...he....

Daging kari, RM4.50.

Ayam goreng RM5.00.

Pemandangan Restoran Nasi Kandar ini agak tersorok dari Jalan AU3 Keramat. Apabila kita melalui hadapan kilang Transformer dan Dawama dari Kuala Lumpur, anda akan ternampak deretan kedai di sebelah kanan. Di situ kita akan ternampaklah deretan bengkel mekanik dan perabot. Dalam banyak-banyak bengkel tersebut, terselit sebuah Restoran Nasi Kandar Suberi yang menjual makanan yang berasaskan rempah kari.

Khusyuk menikmati ayam goreng berkuahkan kari.

Langsai.

Restoran ini tutup dua kali sebulan pada hari Jumaat secara berselang. Mereka mula meniaga dari pagi sehingga ke tengah malam.

Tiada ulasan: