Rabu, 29 Februari 2012

Nasi Ayam Hainan

Hampir setiap bulan, penulis akan ke Taman Melawati kerana ada urusan dengan Bank Rakyat di sana. Maka setiap bulan juga, penulis akan menikmati Nasi Ayam Hainan yang rasanya semacam sahaja. Rasanya memang boleh tahan sedapnya. Tidak tahu kenapa pula penulis boleh ketagih he...he...

Gerai Nasi Ayam Hainan Taman Melawati.

Gerai ini merupakan antara gerai nasi ayam terbaik yang pernah penulis makan. Pemilik gerai ini berkurunan Cina Muslim dari Kelantan, dan memang pekat dialek Kelantannya. Sudah hampir lima tahun penulis makan di gerai ini. Sehingga kini, ia masih lagi merupakan di antara nasi ayam pilihan kami sekeluarga.

Gerai Nasi Ayam Hainam.

Harga boleh tahan, tetapi kalau hendak dibandingkan dengan gerai nasi ayam biasa, rasanya agak mahal sikit. Nasi Ayam Biasa dalam RM4.50 dan Nasi Ayam Peha dalam RM5.00 dan RM1.00 tambah sayur.

Nasi Ayam Hainan.

Rupa-rupanya, nasi ayam ini sudah terkenal bukan sahaja di sekitar Taman Melawati tetapi sudah terkenal di sekitar Lembah Kelang. Hampir sepuluh kali penulis menikmati Nasi Ayam Hainam di gerai ini semenjak penulis berkerja di AU3 Keramat. Tetapi penulis masih tertanya-tanya, kenapa Nasi Ayam Hainan di situ sangat istimewa dan digemari ramai.

Langsai?

Apakah rahsianya yang menyebabkan nasi ayam ini begitu? Penulis dimaklumkan, ramai pelanggan datang ke gerai ini setiap hari kecuali hari Khamis sebab hari tersebut, gerai ini ditutup. Jika hendak tahu, sila ke gerai ini untuk mengetahui apakah rahsianya.

Tiada ulasan: