Khamis, 1 Mac 2012

Ultras Malaya

Kali pertama penulis bersorak bersama Ultras Malaya ketika di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika Malaysia bertemu Jepun pada perlawanan kelayakan Olimpik yang lalu. Penulis sangat teruja bersorak dengan paluan gendang serta nyanyian semangat mereka yang tanpa henti sepanjang perlawanan berlangsung.



Ultra, berasal dari perkataan Itali, yang bermaksud ‘di luar’, atau dalam konteks penyokong, mereka yang menyokong dengan luar biasa. Atau dalam istilah remaja zaman sekarang, indie.




Apabila anda berada dalam scene indie, anda tidak perlu menyorok ideologi. Segalanya disuarakan secara lantang. Ini kebiasaanya akan menyebabkan suasana sedikit agresif, apabila kedua-dua pasukan mempunyai penyokong Ultra masing-masing. Di England, golongan Ultra ini dipanggil Hooligan.




Jadi tidak hairanlah, gerakan Ultras Malaya ini bergerak secara underground. Malah, mereka mempunyai domain mereka sendiri, iaitu di ultrasmalaya.net. Dan tidak, Ultras Malaya bukanlah Harimau Malaya, satu lagi kumpulan penyokong pasukan bolasepak negara. Ultras Malaya lebih hardcore.



Kumpulan Ultras Malaya yang ditubuhkan pada 2007 ini, biasanya berkumpul dalam satu sudut di stadium, memakai baju kuning atau hitam, dengan skaf kuning hitam. Jika anda terlihat nyalaan bunga api (flare) di tempat duduk penonton, itu adalah sudut di mana Ultras Malaya berada.



Mereka akan diketuai seorang atau dua ‘capo’, iaitu ketua lagu-lagu sorakan. Lagu-lagu sorakkan mereka adalah beberapa baris ayat ringkas, dan sorakan ngauman harimau. Ini adalah sebagai alternatif kepada lagu ‘Barisan Kita’, yang dianggap sebagai terlalu common bagi mereka.



Ultras juga, membeli tiket di stadium bukan untuk duduk. Mereka lebih gemarkan berdiri sebagai tanda sokongan yang ekstrim. Yang menariknya, Ultras Malaya memegang satu prinsip; menang atau kalah, mereka akan tetap berdiri di belakang pasukan negara. Jika bilangan mereka ramai, lagu-lagu sorakkan masih kedengaran sehingga ke minit-minit terakhir perlawanan meskipun pasukan negara sedang tewas.

Sumber: Internet

Tiada ulasan: