Rabu, 7 Mac 2012

Kembali Guna Kamera Kompak

Akhirnya impian penulis memiliki kamera kompak Nikon 1, tercapai. Sudah lama penulis mengidam kamera ini kerana ianya kecil dan mudah di bawa ke mana-mana. Penulis sudah letih mengusung kamera DLSR kerana sering terjatuh/terhempas ketika mengambil gambar. Akibatnya kamera atau lensa akan mengalami kerosakkan.


Setakat ini penulis masih belum memahami kelebihan atau keistimewaan kamera Nikon 1 ini. Tetapi dari pembacaan dari akhbar dan internet, kamera Nikon J1 ini dicipta untuk mereka yang gemar merakamkan detik berharga dan mudah dibawa ke mana saja walaupun di dalam saku sendiri.



Lebih menarik, kamera ini juga boleh merakam video HD sepenuhnya apabila dilengkapi resolusi 1080/60i. Selain itu, bagi yang kreatif, anda juga boleh menggunakan kamera ini untuk merakam detik bahagia melalui fungsi video gerak perlahan dengan resolusi 400fps (640x240) hingga 1,200fps (320x120).


Selain itu, ia turut dilengkapi ciri auto yang mengawal elemen utama rakaman seperti komposisi gambar, warna, kecerahan, pergerakan dan subjek kemudian memilih mod senario yang tepat bagi menghasilkan foto terbaik sebelum ia dipaparkan menerusi skrin LCD bersaiz besar, 3.0 inci. Ia juga mempunyai ciri SLR apabila turut dilengkapi sistem pencarian optikal.


Tidak cukup dengan itu, kamera kompak ini turut membolehkan pengguna menukar lensa mengikut cita rasa mereka dengan menggunakan ‘mount adapter’ yang diselaraskan dengan lensa Nikkor F.

Apakah kelebihan kamera ini dibandingkan dengan SLR? Selain lebih ringan untuk dibawa, ia juga menampil kualiti gambar yang terbaik, mudah untuk digunakan, skrin LCD besar, 10.1 megapixel dan juga pilihan rakaman video yang lengkap.


Oleh kerana masih tidak mahir menggunakan kamera ini secara manual, penulis terpaksa mengikuti kelas fotografi Nikon 1 yang dianjurkan oleh syarikat Nikon di Time Square Ahad ini.

Tiada ulasan: