Entah mengapa sejak kebalakangan ini penulis asyik menulis tentang makanan. Nanti pembaca ingat blog ini hanya menceritakan tentang makanan sahaja. Sebenarnya penulis sudah kekeringan idea untuk menulis cerita-cerita lain. Mungkin area tempat kerja penulis sekarang terlalu banyak tempat makan yang menyediakan menu-menu yang istimewa dan sedap kot.
Hari ini, selesai sahaja urusan membayar bil-bil di pejabat pos Taman Melawati, tiba-tiba sahaja penulis teringatkan Mee Rebus. Penulispun ke gerai Taman Melawati yang tidak jauh dari pejabat pos. Rakan-rakan sepejabat kata Mee Rebus di gerai ini sangat sedap dan disukai ramai. Tanpa berfikir panjang, penulispun memesan Mee Rebus Johor dan segelas air sirap. Ternyata mee rebus di gerai ini boleh tahan juga sedapnya.
Pemandangan gerai mee rebus ini agak tersorok dari Taman Melawati. Apabila kita melalui hadapan Bank Rakyat, anda akan ternampak pasaraya UO dan masuk ke lorong di sebelah kiri. Setelah belok kiri, anda kena belok ke lorong kiri semula dan anda akan ternampak lot parking kereta. Dari parking kereta, kita akan ternampaklah foods court atau gerai makan Taman Melawati. Dalam banyak-banyak gerai, terselit sebuah gerai Mee Rebus Johor yang bernombor 14B.
Difahamkan tuan punya gerai ini sudah lama berniaga mee rebus di sini. Mee Rebus Johor menjadi tumpuan orang ramai kerana rasanya yang sedap. Mee rebus ini menjadi sedap kerana dilengkapi dengan ramuan seperti mee kuning, keropok ikan, taugeh, telur rebus, bawang goreng dan cili hijau. Tetapi bahan utama yang menjadi tarikan orang ramai ialah kuahnya.
Apabila terhidu sahaja haruman kuah mee rebus ini, penulis sudah tahu betapa enaknya rasa mee rebus ini. Menurut tuan punya gerai ini ramuan lain yang ada dalam kuah ini ialah taucu, udang kering, keledek serta kacang tanah yang telah dikisar. Selain itu gerai ini juga menjual Mee Bandung Muar yang tidak kurang sedapnya.
Walaupun Mee Rebur Johor ini sedap, namun ia tidak boleh lawan dengan Mee Rebus en. Rosli di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Mee Rebus en. Rosli Rosli lagi sedap terutama pada kuahnya yang pekat dan likat. Tetapi malangnya penulis tidak boleh pergi selalu ke sana kerana tempat kerja penulis sekarang agak jauh dari Kuala Lumpur. Hanya Mee Rebus Johor Taman Melawati sahaja yang paling hampir. Itupun jadi jadilah... Mee Rebus Johor di sinipun sedap juga.
Jika sesiapa yang hendak membeli belah dan ada urusan di Taman Melawati jangan lupa singgahlah ke gerai Mee Rebus Johori ini. Penulis percaya, anda tidak akan menyesal.
Jika sesiapa yang hendak membeli belah dan ada urusan di Taman Melawati jangan lupa singgahlah ke gerai Mee Rebus Johori ini. Penulis percaya, anda tidak akan menyesal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan