Khamis, 22 Mei 2014

Godzilla

Hari minggu yang lalu, penulis menonton filem Godzilla di pawagam MBO Glaxy Ampang. Filem Godzilla ini merupakan salah satu filem yang penulis nanti-nantikan pada tahun ini. Seperti filem Godzilla yang terdahulu, filem bertajuk Godzilla ini memang jarang mengecewakan penonton. Penulis masih ingat perkataan yang popular dalam filem ini ialah “gojira”. Orang jepun memanggil Godzilla sebagai Gojira.
MBO Ampang.
Sinopsis Gozilla

Seekor raksasa Godzilla bersama 3 ekor raksasa Muto telah muncul setelah sekian lama bersembunyi untuk beberapa tahun. Salah seekor muto betina telah bunting dan sedang mencari tempat yang sesuai untuk bertelur di samping mencari radiasi nuklear bagi meneruskan kelangsungan kehidupan buat anak-anaknya nanti. Raksasa Muto mencari bahan radiasi nuklear di Jepun dan Amerika sebagai bahan makanan.
Teket Godzilla.
Raksasa Muto mempunyai sayap dan mampu terbang serta memiliki kuasa di mana ia boleh menyebabkan seluruh bandar kehilangan tenaga elektrik (black out) termasuk sistem alat komunikasi dan kenderaan. Dalam erti kata lain ialah bom EMP (Electronic Magnetic Pulse). Hanya beberapa negara sahaja yang memiliki bom EMP seperti Amerika dan Rusia. Bom EMP ini boleh menyebabkan seluruh tenaga elektrik dan kawalan komunikasi terpadam dengan serta-merta sejauh 5 batu.Manakala Raksasa Godzilla pula mempunyai kuasa untuk mengembalikan tenaga elektrik termasuk sistem komunikasi.
Poster Godzilla - Foto Google.
Hero dalam filem ini iaitu Ford cuba untuk mendapatkan kembali nuklear yang telah dirampas oleh raksasa Muto. Ini kerana bom tersebut berada di tengah-tengah bandar yang bukan sahaja boleh mengorbankan raksasa Muto malah mengorbankan berjuta-juta penduduk di bandar. Dalam pada masa yang sama, Ford cuba untuk memusnahkan telur-telur raksasa Muto dari menetas.
Pelakon utama Godzilla - Foto Google.
Apakah hubungan raksasa Godzilla dan Muto? Dapatkah Ford bersama rakan-rakannya mengambil bom nuklear dari raksasa Muto dengan masa yang ditetapkan ke tengah laut? Dapatkah Ford memusnahkan telur-telur raksasa Muto? Nak tahu kena saksikan sendiri di pawagam.
Godzilla - Foto Google.
Tetapi, filem Godzilla yang terbaru ini agak kelakar apabila Godzilla yang baik ini membantu manusia menewaskan raksaksa Muto yang ganas! Apabila melihat aksi Godzilla berlawan dengan Muto, seperti kita menonton cerita Ultraman pula.. Yang boring nya lambat pula Godzilla tu hendak keluar. Skrip cerita ini pun tidak berapa kuat tetapi masih lagi menghiburkan penulis. Apa pun filem ini bolehlah untuk menghiburkan & melupakan masalah sekejap..ha..ha..

Tiada ulasan: