Anda semua sudah sedia maklum dengan adat perkahwinan di Negeri Johor. Setiap negeri ada adat masing-masing tetapi yang uniknya di negeri Johor ini ada satu adat yang dipanggil “duit tol perkahwinan”. Disebabkan anak buah yang bertemu jodoh dengan orang Johor pada minggu lalu, penulis terfikir pula hendak menulis entry mengenai adat yang unik ini. Manalah tahu, boleh dijadikan panduan untuk para pembaca pula...
Abang ipar pengantin lelaki berpeluh ketika tawar menawar untuk memberi tol... |
Majlis perkahwinan di negeri Johor terasa janggal jika tiada adat duit tol perkahwinan ini. Tetapi ianya bukanlah suatu kewajipan tetapi hanyalah suatu acara untuk memeriahkan majlis sahaja. Seperti anak saudara penulis yang segak dengan berpakaian pengantin yang datang dari Sabak Bernam, Selangor pasti ingin terus duduk di atas takhta bersebelahan dengan permaisuri hatinya. Di saat ingin melangkah ke atas pelamin, rombongan tersebut tiba-tiba ‘disekat’ oleh beberapa orang remaja perempuan dengan lagak hulubalang istana. Tanpa berkata-kata apa-apa, mereka hanya menadah tangan sebagai tanda meminta sesuatu.
Pakai Touch N Go takleh ke makcik? |
Bagaimanapun rombongan kami sedikitpun tidak gentar. Kami sudah bersiap sedia dengan sampul-sampul berisi wang untuk ‘disogokkan’ kepada remaja perempuan terbabit supaya memberi laluan. Namun halangan itu hanyalah permulaan sekatan. Di depan pelamin kami berdepan dengan halangan yang serupa. Tapi kali ini empat orang wanita dalam lingkungan umur separuh abad menadah tangan meminta ‘tol’. Mereka turut mengusik pengiring pengantin lelaki yang masih muda. Usikan itu disambut dengan gelak ketawa tetamu yang hadir.
Pengapit sedang tawar menawar dengan kakak-kakak yang menjaga tol... |
Di saat halangan itu hendak dibuka, peluh pengantin lelaki mulai menitik dengan lajunya. Namun, seorang wanita kelihatan enggan bangkit dari singgahsana pengantin malah dia masih setia menghalang muka pengantin perempuan dengan kipas tangannya. Walaupun sudah diberi sejumlah sampul berisi wang, beliau masih enggan bangun. Sehinggalah nilainya mencukupi RM100, baharulah wanita yang di panggil mak andam itu beredar dan memberi laluan untuk majlis tersebut diteruskan.....
Pengantin lelaki perlu berhadapan dengan Mak Andam untuk naik pelamin.... |
Kebiasanya akan ada 4 sekatan tol yang akan dilakukan. Pertama di halaman rumah. Kedua di pintu masuk dan yang ketiga di kaki pelamin dan terakhir sekali di tangan mak andam.... Adoiii...Halangan dari Mak Andam ini lah paling yang paling mencabar sekali yang membuatkan pakaian pengantin lelaki dan pengapitnya basah kerana berpeluh.
Pengapit pengantin sedang tawar menawar dengan Mak Andam untuk tol yang terakhir. |
Penulis hendak kongsikan tips-tips untuk mengelakkan dikenakan bayaran tol yang agak melampau.
- Cari pengapit yang boleh di harap, kacak, berani dan tidak pemalu. Kebijaksaan pengapit berfungsi untuk menyelamatkan duit tol....
- Pengapit kena kelihatan garang dan serius. Pengapit kena simpan duit di kedua-dua belah kocek seluar. Letak duit sedikit sahaja di dalam sampul tersebut. Jika ada beg pinggang lagi bagus, pastu bagi satu kocek dulu... of course yang nilai paling kecil, ingat jangan bagi macam bagi duit raya. Jika korang buat begitu, buatnya ada 10 tol... mampus korang.....
- Apabila sampul yang berisi duit sudah hendak kehabisan, takkan hendak tunggu sehingga sampul duit habis kan? selit-selit lah baki sampul itu di mana-mana... (haaaa..nampak tak kenapa penulis minta pengapit bawa pouch bag?)
- Pengapit kena tunjukkan kocek yang sudah kosong itu. Wajib selit tau, sebab ada sahaja yang muka tidak malu main seluk-seluk poket pengapit pula.
- Ini yang paling penting, jangan layan sangat makcik-makcik yang beratur itu. Bagi hanya 2-3 orang sahaja, yang lain main acah-acah sahaja. Wajah pengapit kena selamba. Pengantin sudah pasti malu-malu kucing pada masa itu...ahaksss....
- Sampai sahaja di pelamin, dugaannya lagi besar. Bukannya yang tahan tol tu badan besar-besar, walaupun memang itulah hakikatnya. Lagi sekali peranan pengapit, kenalah gertak sikit-sikit. Apabila sudah tidak boleh hendak nego. Katakan sahaja pengapit hendak bawa pengantin perempuan lari balik.... hahaha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan