Hari ini DBP telah mengadakan jamuan. Jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai juadah yang terhidang. Jenuh juga penulis hendak pulun makanan ini sehingga kembunglah perut dibuatnya. Dari hujung meja di sini sehingga ke hujung meja di sana penuh dengan pelbagai jenis makanan. DBP memang kaya dengan pelbagai jenis menu makanan hari ini. Semuanya sedap-sedap.
|
Khabarnya 13 ekor kambing tergolek. |
|
Sate ayam dan daging pun ada. |
|
Daging Kambing Golek. |
Menu yang mereka order untuk jamuan hari raya kali ini adalah kambing golek (menu memang feberet lah.) Setiap kali jamuan raya, memang tidak sah jika tiada menu kambing golek. Kambing golek ini lah yang staff DBP serbu terlebih dahulu haha.. Daging kambing ini memang sedap sehingga ada staff yang terlupa bahawa mereka ada penyakit darah tinggi sebenarnya. Tidak sampai sejam 13 ekor kambing golek telah dihabiskan oleh staff DBP sahaja.
|
Menu kambing golek menjadi tumpuan. |
|
Kue teow goreng ada peminatnya tersendiri. |
|
Rendang daging dan ayam pun ada. |
Selain kambing golek, ada sate, laksa, ais kacang, nasi impit, lemang, rendang daging, rendang ayam, kue teow goreng, nasi beriani dan buah-buahan. Nasi berlauk pun ada. Hahh, mahu tidak senak perut di buatnya. Memang tahap melampaui batasan lah, jika ada yang boleh sumbat kesemuanya. Penulis yang makan sejam pertama pun sampai sengap masuk jam kedua. Mana tidaknya, makan terlajak banyak.
|
Laksa utara juga ada peminatnya. |
|
Staff DBP sedang menikamati kambing golek. |
|
Makan kambing golek sebelum hujan turun. |
Jemputan pun ramai juga yang datang. Antaranya Pengerusi Media Prima iaitu Tan Sri Johan Jaafar, pelajar-pelajar dari Universiti Brunei DS, para wartawan-wartawan dari media massa, pesara-pesara DBP, sasterawan-sasterawan negara dan ada beberapa orang tetamu jemputan khas yang sewaktu dengannya.
|
Mereka yang menghabiskan 13 ekor kambing golek. |
|
Masing-masing sudah bau kambing. |
|
Peminat kambing golek. |
Hah.. ramai juga tetamu yang datang. Sehingga tetamu-tetamu yang hendak beli buku pun sama join sekaki makan dengan kami.. Apa hendak dikisahkan, open house katakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan