Khamis, 21 Ogos 2014

Rindu Awak 200%

Ingatkan setelah menonton sehingga ke siri akhir drama bersiri slot Akasia di TV3, Kerana Terpaksa Aku Rela, penulis tidak akan menonton lagi drama slot Akasia di TV3. Rupa-rupanya penulis tersangkut pula dengan drama terbaharu di slot Akasia TV3 iaitu drama yang bertajuk Rindu Awak 200% pula. Oleh itu penulis terpaksa pulang awal lagi kerana teruja hendak menonton drama ini pada jam 7 petang, hari Isnin hingga Khamis.
Poster Rindu Awak 200%.
Drama bersiri ini merupakan adaptasi novelis iaitu Liyana Zahim yang diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos dan nukilan skrip Nieza Nahar.... Kebetulan drama yang menarik ini ditayangkan ketika umat Islam seluruh dunia sedang menyambut Aidilfitri iaitu sama dengan nama penulis novel ini....
Design kulit Novel Rindu Awak 200%.
Rindu Awak 200 % membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul Iqba, Ayda Jebat sebagai Armel Aisya, Mimi Ernida sebagai Daria, Zuhairi sebagai Zahirin, Jonathan Putra sebagai Raizil, Adeline Tsen sebagai Irene, Karl Shafek Ibrahim sebagai Ilhan Darwisy, Afzan A.Rahman sebagai Azad, Fazahmaddaud sebagai Raziqah, Fathildani sebagai Iqbal, Fazah Mad Daud, Ika Nabella sebagai Nazneena Shadan (Mak Mariah), Nadia Aqilah (Zawati), Hairi Safwan (Yazid), dan Afzan (Saiful).
Poster menarik drama Rindu Awak 200%.
Drama baharu 28 episod ini mengisahkan Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.
Babak pernikahan dalam drama Rindu Awak 200%.
Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.
Para pelakon drama Rindu Awak 200%.
Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!
Salah satu babak dalam drama Rindu Awak 200%.
Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh? dan... penulis terpaksa menonton drama ini selanjutnya untuk mengetahui kisah seterusnya.
Salah satu poster menarik Rindu Awak 200%.
Khabarnya semasa drama ini sedang ditayangkan, ramai peminat meminta Zul Ariffin mengawini Ayda Jebat.... Betul ke?.

Sumber Foto: Internet


Tiada ulasan: