Kini, bulan Syawal sudah pun berlalu. Penuh kenangan, penuh agenda makan-makan. Juga agenda bermaaf-maafan. Syukur kita masih diberi peluang nikmat bergembira dan beriang-ria. Berikut, deretan gambar sekitar majlis raya di tempat kerja yang sempat penulis rakamkan.
|
Majlis dipenuhi dengan editor wanita. |
|
Suasana yang sangat meriah. |
Jika sebelum ini pejabat Bahagian Buku Sekolah di tingkat 8 telah menganjurkan jamuan raya. Pada hari Isnin yang lalu, Bahagian Buku Sekolah di tingkat 9 pula membuat jamuan raya. Pada mulanya penulis dan rakan-rakan designer segan hendak join jamuan raya ini. Tetapi setelah berkali-kali pihak editor menjemput kami, kami tidak mampu menolaknya dan dengan muka selambanya kami bersama-sama mereka memeriahkan majlis ini.
|
Kata edtor Abang,... hari ini banyak majlis jamuan raya. |
|
Nampaknya tiada nasi impit berkuahkan kacang. |
Yang pasti semua orang happy. Semua orang bergembira. Dapat makan. Dapat nyanyi. Dapat gelak-gelak, sorak-sorak dan berselfie. Sesuai dengan konsep, Riang Ria di Aidilfitri, Rapatkan hubungan ceriakan persahabatan.
|
Menu makanan memang banyak. |
|
Semua menu makanan sedap-sedap belaka. |
Mungkin sepanjang minggu lalu, hampir setiap hari penulis menghadiri dan menjamu selera di majlis jamuan raya. Bermacam-macam jenis menu makanan yang telah diisi dalam perut penulis. Ada kambing golek, nasi arab, nasi beriani, rendang daging, rendang ayam, laksa, sate dan bermacam-macam lagi. Ini menyebabkan penulis terkena deman panas sejak tiga hari yang lalu. Sehingga kini demam penulis masih belum kebah lagi.... huhuhu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan