Selasa, 4 Ogos 2009

TIDAK AMBIL BERAT dan PENTINGKAN DIRI SENDIRI


Saya merakamkan foto ini pada hari Isnin yang lalu di dalam sebuah komuter dari KL Sentral. Kebetulan pada hari itu saya menaiki Komuter. Ini merupakan kali ke-3 atau ke-4 saya menaiki komuter. 

Kita boleh melihat dengan jelas ada seorang ibu sedang mendukung anaknya yang sedang tidur, BERDIRI berhampiran dengan pintu komuter itu. Cuba kita perhatikan betul-betul ada empat wanita yang sedang duduk dan buat-buat tidak nampak pada seorang ibu yang sedang mendukung baby dihadapannya. 

Wanita yang berbaju kurung itu sedang tidur(bolehlah dimaafkan, selepas beberapa stesen baru dia terjaga). Wanita berambut panjang sibuk berSMS, wanita yang memakai earphone itu offer tempat duduknya hanya selepas 15-20 minit (itupun setelah beliau sedar yang saya sedang merakamkan foto mereka). Yang paling sakit hati, wanita yang berbaju merah itu, buat-buat tidak tahu sahaja.

Mereka ini tidak nampak ke, ibu dan baby yang berdiri itu? Setelah wanita yang memakai t-shirt biru itu memberi tempat duduknya, baharulah wanita berbaju merah itu kelihatan lega dan  jeling-jeling manja pula kepada baby yang sedang tidur itu. 

Apakah ini? TIDAK AMBIL BERAT dan PENTINGKAN DIRI SENDIRI. Benda ini terjadi sebab kita biarkan ianya terjadi. Pada mereka yang tidak pernah atau jarang naik komuter, LRT atau pengangkutan awam yang lain, percayalah, benda ini sememangnya berlaku. Kita tengok pun sedih dan marah. Kepada sesiapa yang mengunakan pengangkutan awam, jangan biarkan ianya berlaku. Tolong offer tempat duduk anda atau minta orang yang duduk itu untuk bangun (jika dia sihat walafiat) bagi tempat duduk untuk yang memerlukan.

1 ulasan:

mie3425 berkata...

Itulah SIKAP gambaran kepada warga Malaysia pada hari ini. Semoga mereka yang duduk tu menerima nasib yang serupa, barulah dirinya merasai apa yang pernah mereka lalukan.