Di pagi Ahad yang lalu, isteri mengajak penulis ‘shopping’ pasar tani di Taman Dato Ahmad Razali, Ampang. Penulis setuju sahaja kerana sudah lama kami tidak ke pasar tani ini. Lagipun hanya pasar tani di Taman Dato Ahmad Razali ini sahaja sahaja yang berhampiran dengan kediaman penulis (setahu penulislah). Pasar tani ini hanya dibuka sekali seminggu iaitu pada setiap pagi hari Ahad sahaja.
Apa yang best di Pasar Tani di Taman Dato Ahmad Razali ini? Jom kita layan beberapa keping gambar yang sempat penulis rakamkan secara candid.
|
Suasana Pasar Tani Taman dato Ahmad Razali, Ampang. |
|
Ayam pencen. |
Pasar tani ini sebenarnya tiada beza dengan pasar tani di tempat-tempat lain, cuma di sini lebih tertumpu kepada makanan dan barangan basah sahaja. Barangan lain seperti pakaian itu ada, cuma tidak banyak.
|
Kawan penulis berniaga ikan di pasar ini. |
|
Rakan sekampung penulis yang menjadi tauke ikan di pasar ini. |
Penduduk di sekitar Ampang ini memang gemar membeli barangan basah seperti ikan, ayam, sotong dan lain-lain di pasar ini sebab ianya masih segar (mengikut kata peniagalah). Harganyapun agak berpatutan berbanding harga di pasar basah di tempat-tempat yang lain. Al-maklum sahajalah, barangan basah di pasar basah terutama di sekitar Bandar Baru Ampang ini memang agak mahal daripada biasa.
|
Daging lembu segar yang terbaik dari ladang. |
|
Nama kueh ini Peneram. |
Ok, berbalik mengenai makanan di pasar tani ini, ada beberapa makanan yang best dan always kena beratur jika hendak membelinya. Makanan yang dimaksudkan adalah seperti nasi lemak kukus, yong tau fu, chicken chop (yang ni lain daripada lain) dan char kuew teow.
|
Kueh mueh tradisional pun ada. |
|
Yong Tau Fu ini kakak ini ramai peminatnya. |
Maaf, penulis tidak sempat hendak merakamkan gambar makanan yang penulis tuliskan, cuma hanya sempat merakamkan beberapa keping sahaja. Ini pun penulis hanya rakamkan secara candid kerana takut nanti dimarahi peniaga pula..
|
Mee goreng dan nasi goreng dimasak secara live. |
|
Makanan produk kesihatan pun ada dijual di sini. |
Kami hanya beli ayam goreng ala-ala KFC, mee goreng dan nasi lemak kukus sahaja untuk kami berserapan pagi. Cukuplah untuk penulis anak beranak. Penulis juga membeli barangan basah seperti ikan, sotong dan ketam. Selalunya penulis membeli barangan basah ini untuk keperluan seminggu.
|
Kueh mueh yang masih panas. |
|
Sayuran kampung yang masih segar. |
Salah satu sebab kenapa penulis suka membeli barangan basah di pasar tani ini adalah kerana tauke ikan yang berniaga di pasar ini adalah rakan sekampung dari Sungai Besar. Jadi, berapa banyak ikan yang penulis beli, beliau tidak akan timbang. Beliau tidak berkira dan akan memberi harga istimewa. Kadang kala beliau tidak kisah berapa RM yang penulis hendak bayar. Ini menyebabkan kadang-kadang penulis jadi segan hendak mengambil ikan banyak-banyak, nanti dikatakan ambil kesempatan pula... hehehe....
|
Suasana pasar tani. |
|
Walaupun bukan musim perayaan, ketupat dan rendang sentiasa ada di pasar tani ini. |
Jadi, jika anda semua hendak datang ke Ampang pada hari minggu, singah-singgahlah ke Pasar tani Taman Dato Ahmad Razali yer.. Parking memang tiada masalah, boleh parking di tepi jalan raya sahaja. Insyallah tidak kena saman....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan