Buat masa ini kerap kali penulis berkunjung ke Hulu Langat untuk terapi rendam air panas. Oleh itu, setiap hari Jumaat pastinya penulis singgah ke pasar malam di Taman Seri Nanding. Pasar malam ini menarik perhatian penulis kerana sayuran kampung dan ikan sungainya yang masih segar dengan harga yang berpatutan. Jom mari kita layan foto-foto yang sempat penulis rakamkan. Kebanyakkan foto yang dirakamkan secara candid kerana takut peniaga akan marah apabila gambar mereka dirakamkan.
|
Pasar malam Taman Seri Nanding. |
|
Pasar malam Taman Seri Nanding setiap malam Jumaat. |
|
Pizza pun ada. |
Sebut sahaja pasar malam, pasti anda terbayangkan pekikan peniaga menjual barangan dan urusan tawar menawar yang sememangnya menggamit suasana malam. Sebenarnya, apa yang menarik dan apa yang ada di pasar ini?
|
Lelongan anak patung. |
|
Ikan sungai yang masih segar. |
|
Sayuran kampung yang masih segar. |
Pasar malam Taman Seri Nanding ini adalah sebenarnya sebuah pasar malam biasa. Ya, pasar malam yang boleh dikatakan sangat meriah kerana terlalu ramai yang datang ke sini dan ianya dibuka dari 5 petang sehingga 10 malam. Difahamkan hanya pasar malam setiap hari Jumaat ini sahaja yang ada di sekitar Hulu Langat ini. Disebabkan itu, Pasar Malam Seri Nanding ini menjadi tumpuan orang ramai.
|
Bahagian alatan make up untuk wanita. |
|
Nasi ayam kukus berempah memang sedap. |
|
Alatan komputer pun ada tak perlu pergi Low Yatt. |
Pelbagai jenis barangan yang boleh diperolehi disini seperti pelbagai jenis baju dan pakaian siap, tudung, jersi bola sepak, aksesori rumah, perfume, kasut bundle, cd, dvd, jam tangan, beg tangan, tuala dan pelbagai lagi. Dan semua barangan yang dijual pula adalah kebanyakan barang tiruan ataupun replika seperti jam tangan, wangian, dan lain-lain. Jangan tertipu dengan pelbagai jenama yang ada kerana ia hanyalah replika.
|
Rendang daging dan ayam pun ada. Tidak perlu tunggu hari raya. |
|
Peniaga sate. |
|
Suasana pasar semakin gelap. |
Waktu puncak atau pengunjung yang ramai adalah pada waktu malam iaitu selepas waktu Magrib. Pada masa itu, anda dinasihatkan tidak masuk melalui jalan utama untuk mengelakkan kesesakan. Seeloknya parking kenderaan anda diluar jika jem teruk, ataupun alternatif adalah parking di seberang jalan. Tetapi pastikan kereta dikunci sebaiknya dan mempunyai steering lock kerana berkemungkinan ada kes kecurian kenderaan.
|
Ayam goreng pun ada. Tidak perlu gi KFC. |
|
Buah-buahan. |
|
Jika haus boleh air bungkus sebelum pulang. |
Memandangkan pelbagai barangan dijual di sini, pastikan anda menyenaraikan barang yang ingin dibeli, sila membuat perbandingan harga dan fikir semasak-masaknya sebelum membeli sesuatu barang. Jika tidak, silap-silap satu malam sahaja anda boleh membazir untuk barangan yang bukan keperluan dan tidak penting.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan