Buat masa ini, penulis sering melalui jalan Bukit Ampang untuk ke kolam air panas di Hulu Langat Di pertengahan jalan, ada lokasi menarik yang menjadi tumpuan orang ramai kerana adanya gerai-gerai makanan. Sambil makan, pengunjung dapat menikmati pemandangan penorama indah keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur. Pelbagai makanan yang disediakan di gerai-gerai ini. seperti stim boat, burger, mee goreng, mee sup, char koew teow dan lain-lain lagi
|
Jalan Bukit Ampang. |
|
Pemandangan dari Bukit Ampang. |
Lokasi gerai-gerai ini yang terletak 1.2 meter sahaja dari Look Up Point/Menara Tinjau. Sayangnya Look up point ini telah ditutup. Look up point dahulunya terdapat menara pandang dan restoran. Tempat ini telah di tutup kepada semua pelawat dan aktiviti perniagaan kerana risiko tanah runtuh. Apa-apa pun gerai-gerai di lereng bukit ni memang happening apabila di waktu malam minggu.
|
Gerai-gerai di Bukit Ampang. |
|
Gerai-gerai dibuka seawal 5 petang. |
Tempat ini kelihatan kosong pada siang hari. Cuba lihat di google map begitulah rupa jalannya. Tetapi apabila menjelang malam, kawasan ini akan dipenuhi dengan pengunjung dan juga gerai. Jika anda berkunjung di waktu malam, memang susah hendak mencari tempat meletak kenderaan kerana kawasan yang paling dekat dengan gerai telah dipenuhi dengan kenderaan. Jika anda datang lewat, kenalah letak kenderaan jauh sikit.
|
Restoran dan menara tinjau ini ditutup kerana dikuatiri tanah runtuh. |
|
Pintu masuk menara tinjau Bukit Ampang yang ditutup. |
Keasyikkan menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur, kadang kala sedikit terganggu jika ada gelagat mat-mat rempit yang kurang sopan membunyikan motosikal mereka dengan kuat. Sambil mundar mandir, mereka menunggang matosikal secara merbahaya. Gelagat ini menimbulkan sedikit kerisauan dikalangan pengunjung kerana di kuatiri golongan mat rempit ini akan meragut dan membuat kacau, tetapi hasil penglihatan penulis setakat ini tiada kejadian seperti itu. cuma sesekali mereka membuat bising sahaja.
|
Sambil makan, sambil menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur dari gerai di Bukit Ampang. |
|
Gerai-gerai makan di lereng Bukit Ampang. |
Waktu yang menarik untuk dikunjungi ialah pada waktu malam terutamanya pada malam minggu. Selalunya tempat ini dipenuhi pengunjung pada sekitar jam 10.00 malam hingga 1.00 pagi. Penggunjung juga terdiri dari pelbagai bangsa. Biasanya jam 12.00 tengah malam, pengunjung yang datang dengan keluarga sudah mula beransur pulang. Yang tinggal, kebanyakkan golongan remaja sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan