Penulis suka berkongsi cerita melalui blog ini, penulis pun tidak tahu mengapa, walaupun blog penulis bukan blog yang popular, tetapi penulis tetap rasa dekat dengan dunia blogging. Mungkin juga menerusi blog peribadi ni, penulis lebih bebas untuk berkarya, apa sahaja yang penulis suka.
Pernah tak anda semua dengar mengenai lebah kelulut ini? Penulis pun baharu tetang madu lebah kelulut ini setelah mendapat sebotol madu kelulut tempohari. Anak buah bagi percuma. Kalau anda tidak tahu lagi, mungkin penjelasan ini boleh membantu anda semua meningkatkan lagi pengetahuan mengenai khasiat kelulut.
Pernah tak anda semua dengar mengenai lebah kelulut ini? Penulis pun baharu tetang madu lebah kelulut ini setelah mendapat sebotol madu kelulut tempohari. Anak buah bagi percuma. Kalau anda tidak tahu lagi, mungkin penjelasan ini boleh membantu anda semua meningkatkan lagi pengetahuan mengenai khasiat kelulut.
Sarang Lebah Kelulut. Foto ehsan Google |
Jika dahulu kewujudan lebah kelulut seakan-akan tidak dipedulikan. Kadang-kadang kalau di kampung kelulut banyak didapati pada pokok-pokok kayu, kadang tu kat tiang rumah pun ada, Ini kerana kelebihan yang ada lebih banyak dibanyangi “saudaranya” yang lebih tersohor, iaitu lebah apis/ lebah madu.
Madu lebah kelulut dan mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit dilaporkan sembuh menggunakan rawatan tradisional produk lebah kelulut adalah diabetis, mellitus, strok, kanser, hipertensi, malah ada juga kes HIV/AIDS. Selain itu, madu kelulut juga boleh mengurangkan masalah sakit-sakit sendi.
Lebah Kelulut. Foto ehsan Google. |
Kelulut merupakan antara 33 jenis spesis lebah trigona yang tidak mempunyai sengat, sifatnya Cuma menggigit dan itu langsung tidak membahayakan. Kerana itulah ia lebih mudah dipelihara berbanding lebah biasa. Kajian mendapati lebih dari 150 spesis trigona di seluruh dunia, dan antara spesis trigona yang popular, trigona scaptottrigona, trigona leaviceps, trigona apicalis, dan trigona itama.
Selain menghasilkan madu, kelulut memainkan peranan sebagai agen pendebungaan yang penting, terutama pokok hutan. Saiznya yang kecil membolehkannya melakukan proses pendebungaan pada bunga-bunga kecil yang tidak dapat dilakukan oleh lebah. Masalah dihadapi dalam bidang pertanian sekarang, iaitu penurunan agen pendebungaan sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran hasil, dan di sinilah fungsi kelulut sebagai agen pendebungaan. Kalau nak tahu, hasil tanaman dan buah-buahan kesan pendebungaan aktif oleh kelulut juga lebih meningkat, malah kualitinya juga lebih bermutu.
Lebah kelulut menghisap madu bunga. Foto ehsan Google. |
Bukan sahaja madu yang dihasilkan kelulut, tapi juga propolis dan bee bread/polen yang sangat-sangat berguna dalam bidang perubatan dan dikatakan sangat berkhasiat. Bee bread merupakan campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang bleh membantu masalah pencernaan dan fermentasi. Sementara propolis pula merupakan campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah kelulut.
Kajian MARDI turut mendapati madu kelulut mempunyai anti-oksidan yang tinggi, serta kaya dengan antibiotik semulajadi. Atas kelebihan itulah madu kelulut kini dicari mereka yang pentingkan kesihatan. Berbanding dengan madu lebah, madu kelulut dikatakan lebih kuat untuk tenaga batin. Rasanya yang manis dan sedikit masam serta tidak terlalu pekat menyebabkan ia mudah diambil. Seperti madu lebah, madu ini disyorkan diambil sesudu di waktu pagi dan malam, kalau boleh elakkan meminum madu menggunakan sudu keluli.
Madu Lebah Kelulut. |
Penternakan kelulut juga tidak terlalu rumit, memadai dengan kawasan lapang yang berkaitan dengan pokok serta tanaman buah-buahan. Penjagaannya juga mudah, sebab ia tidak mempunyai terlalu banyak masalah, hanya perlu perhatikan kumbang, yang menjadi musuh utama bagi penternakan kelulut, Dan dari segi hasilnya, ia boleh dituai dalam tempoh sebulan sekali bergantung kepada pengeluaran madunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan