Topik hari ini yang ingin penulis tuliskan ialah mengenai nasi lemak.
Sebenarnya penulis pun baharu sahaja serapan dengan nasi lemak pagi
tadi. Disebabkan ramai perniaga nasi lemak, ada pelbagai
nama trademark yang diberi oleh pelanggan terhadap gerai mereka. Ini disebabkan
perniaga-perniaga sendiri yang tidak meletakkan nama perniagaan
mereka.
Gerai Nasi Lemak Longkang. |
Nama-nama yang diberikan oleh pembeli-pembeli sebenarnya bukan
menarik pun, tetapi gerai-gerai mereka tetap popular disebabkan
keenakkan nasi lemak mereka.
Gerai ini berhampiran ngan longkang besar. |
Jadi, anda jangan terkejut dengan tajuk di atas, tetapi itu lah
hakikatnya. Gerai Nasi Lemak Longkang ini terletak di AU3 Hulu Kelang, betul-betul di
hadapan kedai butik pakaian Maroz. Nasi lemak dan nasi campurnya
memang popular.
Selain nasi lemak, makanan lain pun ada. |
Gerai Nasi Lemak Longkang ini memang mempunyai ramai pelanggan setia
dan kebiasaanya nasi lemak dan lauk pauknya sentiasa kehabisan.
Penulis sangat beruntung kerana sering kali tiba ke gerai ini sebelum
jam 8.00 pagi dimana keadaan pelangganya masih belum ramai. Ini mungkin kerana
rata rata pekerja perindustrian dan orang ramai masih belum keluar membeli belah di sini.
Kakak ni sedang melayan pelanggan. |
Nasi campur dan nasi lemaknya memang sedap rasanya dan antara kedua-dua
nasi ini masing-masing mempunyai rasanya tersendiri dan biasanya nasi
lemak lebih laku di pagi hari dan nasi putih lebih laku pada waktu
tengahari. Selain nasi putih dan nasi lemak, gerai ini juga ada
menyediakan menu masakkan lain seperti mee goreng, nasi goreng, mee
sup, lontong dan kueh-mueh.
Kueh mueh tradisionalpun ada. |
Kepada sesiapa yang masih belum mencuba adalah di cadangkan supaya
mencubanya, harganya tidaklah terlalu mahal kerana harganya mengikut saiz ayam. Antara harganya ialah RM4, RM5, RM6 dan kebiasannya sebungkus nasi
mengandungi nasi (putih/lemak) + ayam + acar/ulam + sambal/kuah
kari... Selamat mencuba....
Nasi lemak lauk paru sambal. |
Sebenarnya penulis pun tidak tahu apa nama sebenar gerai sini. Saje jer nak
buat propa hahhaha. Antara sebab gerai ini di gelar "Nasi Lemak Longkang" kerana mereka berniaga di tepi longkang besar. Tetapi, macam mana trademark ini diberi pun, masing-masing mempunyai kesedapan
dari citarasa-citarasa pembeli yang mengemarkan kenakan kepuasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan