Di Dusun Tua,Hulu Langat, penulis singgah sebentar di Kolam Air Panas Batu 16. Tujuannya untuk melihat perkembangan sekitar kolam ini. Pada asalnya, kewujudan kolam ini tidak disedari ramai kerana terlindung oleh surau dan bangunan sekolah agama. Kewujudannya disedari setelah adanya promosi di media-media massa dan laman sesawang/blog di internet.
|
Kolam Air Panas terletak di belakang surau ini. |
|
Papan tanda Kolam Air Panas di pintu masuk. |
Kolam air panas di dusun tua batu 16 adalah merupakan kolam air panas yang terhasil dari tindakbalas sulfur dalam tanah. Seperti mana-mana sumber air panas yang lain, ia memberi manfaat yang besar bagi sesetengah individu. Terletak di lokasi yang strategik (walaupun tanah persendirian), ia telah diwakafkan untuk kegunaan orang ramai.
|
Pintu masuk ke Kolam Air Panas. |
|
Kolam Air Panas. |
Sesiapa sahaja dibenarkan mandi menggunakan air di kolam ini dengan peraturan-peraturan yang mudah. Oleh kerana ia bukanlah kolam mandi, tidak ada sesiapa dibenarkan untuk masuk berendam di dalam kolam. Cuma guna gayung dan baldi. Walaupun begitu, memang sangat berbaloi untuk mandi. Keadaan persekitaran dijaga rapi.
|
Tempat salin pakaian dan tandas. |
|
Lanskap Kolam Air panas. |
Terdapat lebih kurang 10 buah pondok wakaf kecil yang dibina bagi memudahkan pengunjung untuk meletakkan barangan. Bilik persalinan yang seadanya memudahkan lagi sesi persalinan. Kawasan mandi telah diasingkan antara lelaki dan perempuan. Walaupun begitu, sumber air masih dari kolam yang sama. Kawasan ini dibuka setiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 7.30 malam.
|
REndam kaki dengan air dari kolam air panas. |
|
Sila patuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. |
InsyaAllah, penulis akan ke sini lagi untuk menyegarkan dan merawat penyakit kulit dan alhamdulillah, kesihatan penulis semakin baik. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Tetapi anda digalakkan untuk menderma.Hasil kutipan derma ini adalah untuk membiayai penjagaan dan penyenggaraan untuk kolam air panas ini. Sesiapa yang berminat untuk menyihatkan badan, bolehlah ke kolam air panas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan