Sudah lama penulis tidak update entry di blog ini. Sebenarnya kesihatan penulis agak terganggu sejak kebelakangan ini. Apabila kesihatan terganggu, penulis tiada mood hendak menulis blog. Sekarang, kesihatan penulis sudah okey sedikit. Walaupun kesihatan penulis belum pulih 100%, insyAllah ... pada entry yang akan datang, penulis akan cuba menulis pengalaman ketika penulis sedang sakit. Ada pengalaman yang menarik yang akan penulis akan cuba kongsikan
Bekam Al Yakin. |
Kelmarin, penulis telah memberanikan diri untuk menjalani proses BEKAM. Pada masa itu penyakit letih, lenguh dan lesu seluruh badan menyerang hampir setiap hari selama sebulan berturut-turut. Setelah sekian lama ingin mencuba, akhirnya penulis telah menjalani proses tersebut.
Puas penulis melayari blog-blog orang dan juga meng’google’, penulis terjumpa cara alternatif berubat lengoh-lengoh seluruh badan iaitu berbekam. Selain itu juga, berbekam juga boleh merawat penyakit diabetis penulis. Semakin banyak penulis membaca, semakin tinggi keinginan hendak mencuba berbekam ini. Antara sebab yang utama penulis hendak mencuba kerana ianya adalah Sunnah Rasullah S.A.W. Apabila kita berbekam, kita akan dapat pahala sunnah.
Ada banyak pusat khidmat bekam di Lembah Klang ini. Penulis memilih untuk berbekam di Ulu Kelang kerana menyedari ada sebuah pusat bekam yang telah wujud disitu lebih dua dekad yang lalu. Pusat Bekam AL-YAKIN ini dimiliki oleh Haji Ibrahim bin Haji Mokhsen dan keluarga.
Kali pertama penulis berbekam. |
Pada mulanya, pembekam akan menyedut menggunakan ‘cup’ itu. First time kena, memang terasa sedikit janggal. Tidaklah terasa sakit sangat. Selepas disedut, pembekam akan membuka cup tersebut untuk menoreh kulit supaya darah dapat dikeluarkan. Pada masa itu penulis akan terasa sedikit pedih. Selepas itu, pembekam akan sedut semula menggunakan ‘cup’ itu.
Pada masa ini darah kotor akan disedut dan berkumpul di dalam ‘cup’ itu.
Anggota badan penulis yang kena sedut darah adalah, 1 cup’(kepala), 2 cup’(bahu) dan 2 cup’(pinggang). Di bahagian kepala, penulis dapat lihat, banyak darah yang dikeluarkan. pembekam itu kata, “ada banyak darah kotor”
Sakitnya bekam ini cuma pada luka untuk keluarkan darah kotor itu sahaja. Ada yang menggunakan jarum dan ada juga yang menggunakan pisau cukur gillette. Jangan cuma tengok samada jarum atau pisau gillette yang pembekam gunakan, nanti takut pula kita hendak berbekam. Insyallah, akan diulang lagi berbekam sehingga penulis puas hati...
Pada mereka yang ingin mencuba menjalani proses BERBEKAM ini, bolehlah mencuba di pusat Al-Yakin tadi (hubungi Haji Ibrahim 013 375 8087 Taman Ukay Bistari atau mana-mana pusat bekam yang halal, bersih dan tidak menyakitkan (moden).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan