Satu lagi tempat menarik di Ulu Langat ialah kolam air panas. Penulis berpeluang pergi ke kolam air panas tersebut baru-baru ini dan sempat mencelupkan kaki ke dalam air panas tersebut. Kelihatan airnya berasap sedikit menunjukkan yang airnya memang panas.
Pemandangan kolam air panas dari jalan besar. |
Kolam air panas ini terletak berhadapan dengan IKBN Dusun Tua. Kawasan yang agak terhad dengan terdapat cuma satu kolam air panas yang agak kecil. Kolam ini tidak memungkinkan sesiapa pun mandi kerana tempat yang terbuka dan terletak bersebelahan jalan utama. Malahan, kolam ini mempunyai tahap kepanasan air yang lebih tinggi. Pengunjung cuma dapat mencelup tangan dan merendam kaki ke dalam kolam. Amat sesuai untuk destinasi persinggahan jika pergi berkelah di Hulu Langat ini.
Akupun merendamkan kaki di sini. |
Lokasi betul-betul berhadapan dengan IKBN Dusun Tua. Kedudukan kolam terletak di antara sungai dan jalan utama. Jika tidak diperhatikan betul-betul, memang akan terlepas pandang kerana terlindung oleh gerai-gerai di tepi jalan tersebut.
Masing-masing merendamkan kaki. |
Air panasnya mempunyai banyak kelebihan dari aspek kesihatan. Ia dapat mengurangkan kesan penyakit kronik seperti penyakit kulit, lelah, lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kaedah rawatan yang biasa dilakukan jika anda di kolam air panas ini ialah merendam kaki ke dalam kolam.
Santai sambil merendamkan kaki. |
Sedikit fakta mengenai Kolam air panas ini ialah, air hangat yang mengalir mengandungi kimia Sulfur atau lebih dikenali dengan nama belerang dengan kehangatannya mencecah 49 Darjah celcius. Bagi mereka yang ingin beriadah, berhampiran dengan kolam ini juga terdapat alur sungai dengan air yang jernih yang mana sesuai untuk bermandi manda iaitu di Sungai Congkak dan Sungai Gabai.
Semakin petang, semakin ramai. Maaf, semua gambar foto kurang menarik kerana dirakam melalui kamera handpone sahaja. |
TInsyaAllah, penulis akan ke sini lagi untuk menyegarkan dan merawat penyakit kulit dan alhamdulillah, kesihatan penulis semakin baik. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Sesiapa yang berminat untuk menyihatkan badan, bolehlah ke kolam air panas ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan