Selesai melawat ladang cili saudara Nizam di Pengkalan Balak, kami meneruskan perjalanan ke Merlimau. Di Merlimau kami bercadang melawat dan berhari raya di rumah cikgu Tuah. Kelakar, dah nak habis bulan Syawal baru nak beraya ke rumah cikgu. Cikgu Tuah merupakan guru kelas kami semasa di tingkatan 4&5 di SMV Kelang dahulu. Ini kali kedua kami melawat cikgu Tuah, kali pertama tiga tahun yang lalu.
Cikgu sangat gembira dengan kedatangan kami. |
Ketika sampai, cikgu tiada di rumah, cikgu masih dalam perjalanan pulang dari majlis kenduri kahwin. Sementara menanti cikgu tiba, kami melepak dan berbual di halaman rumah cikgu sambil bermain/bersembang melalui chat whatsApp bersama groups jejak 85-86 iaitu groups rakan-rakan sekolah SMV kelang dahulu.
Berborak sambil menikmati mee rebus. |
Hampir setengah jam menunggu, akhirnya cikgupun tiba. Cikgu sangat gembira dengan kedatangan kami, maklumlah kami adalah diantara murid-murid pertama yang beliau ajar. Ibaratkan kami adalah anak murid yang sulung beliaulah.
Cikgu memetik buah rambutan untuk kami. |
Setelah bersalaman dan berpelukan. kami dipelawa masuk ke rumah. Kami berborak tentang pengalaman pahit manis semasa di zaman persekolahan dahulu. Sungguh noltalgia. Sambil berborak, kami menikmati hidangan istimewa mee rebus yang sungguh enak. Kami bercadang-cadang hendak pulang awal iaitu sebelum waktu Maghrib tiba. Tetapi, kami tidak benarkan pulang awal. Cikgu sudah berhajat hendak belanja kami makan ikan bakar di Umbai, Melaka.
Memungut sambit menikmati buah rambutan yang manis. |
Sementara menunggu waktu Magrib tiba, cikgu mengajak kami ke halaman rumahnya. Cikgu menunjukkan pokok rambutan yang berbuah lebat. Kamipun memetik buah rambutan untuk kami dibawa pulang ke Kualan Lumpur. Menurut cikgu, buah rambutan ini sungguh banyak dan tiada siapa yang hendak memakannya. Kebanyakkan buahnya masak ranum di pokok sahaja. Disebabkan itu warna rambutan ini menjadi berwarna oren. Sesungguhnya buah rambutan cikgu ini sangat manis dan berisi tebal.
Cikgu belanja kami makan di Umbai. |
Setelah selesai sembahyang berjemaah Magrib bersama. Cikgu mengajak kami menikmati ikan bakar. Cikgu membawa kami makan ke restoran Parameswara di Umbai. Restoran yang paling hujung sekali. Tempat makan yang cukup popular bukan sahaja bagi warga tempatan bumi Hang Tuah ini.. tapi turut di banjiri warga kota yang turun dari Kuala Lumpur, Johor dan Singapura. Sementara menanti makanan tiba, kami berborak panjang. Sebelum ini cikgu banyak membicarakan pengalaman hidupnya, tetapi kali ini cikgu lebih banyak berbicara tetang bab bab agama. Alhamdulillah banyak ilmu yang kami terima kali ini.
Terima kasih cikgu kerana belanja kami makan. |
Setelah selesai makan dan perutpun sudah kenyang kamipun memohon minta diri untuk pulang ke Kuala Lumpur. Terima kasih daun keladi kepada cikgu kerana belanaja kami makan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan