Semenjak penulis bertugas di Ulu Kelang, hampir setiap pagi, penulis akan terlihat beberapa ekor kucing sedang menikmati makanan. Penulispun hairan siapa pula insan yang pemurah memberi makanan kepada kucing-kucing liar ini. Hampir setiap hari kucing-kucing ini akan menikmati makanan seperti air minuman, friskies dengan diselang seli dengan makanan ikan dalan tin.
Makanan Kucing. |
Kelmarin, ketika penulis sedang menuju ke pejabat, penulis ternampak kelibat seseorang sedang memberi makanan kepada kucing-kucing ini. Apabila diamati betul-betul, rupa-rupanya kakak operator yang memberi kucing-kucing ini makanan. Alhamdulillah kakak ini berkongsi rezeki memberi sedekah makanan kepada kucing-kucing liar yang berkeliaran di sekitar pejabat penulis. Rasanya, bukan semua orang yang mampu berbuat demikian.
Patutlah kucing-kucing di sini comel, cergas dan sihat semuanya. Rupa-rupanya ada insan yang berhati mulia yang sedekah makanan yang berzat pada kucing-kucing ini. Malangnya penulis tidak sempat rakamkan aksi kakak tersebut memberi kucing makanan.
Kucing-kucing ini sedang menunggu makanan. |
Bersedekah sangatlah digalakkan dalam Islam. Amalan tolong-menolong dan bantu membantu orang yang kesusahan seharusnya jadi amalan. Tidak semestinya kepada manusia, haiwan juga patut dibantu. Amalan memberi kucing makan sebenarnya dari pengalaman-pengalaman rakan-rakan akan memurahkan rezeki si pemberi dan akan memupuk perasaan kasih sayang dan belas terhadap manusia dan haiwan.
Kita perlu berbuat baik pada semua makhluk Allah biarpun anjing. Lagipun kucing ini haiwan kesayangan Nabi Muhammad. Bila kita berbuat baik mana tahu Allah beri kita rezeki yang tidak kita sangka-sangkakan. Insyallah, tetapi janganlah kita harapkan sangat kerana pertolongan yang ikhlas adalah yang terbaik.
Kucing di sini kelihatan comel, cergas dan sihat. |
Seperti cerita yang pernah penulis dengar dulu iaitu cerita seorang pelacur memberi minum dengan ikhlas kepada anjing yang kehausan. kalau pelacur ini tidak memberi anjing ini minum pasti anjing ini mati. Allah melihat keikhlasan pelacur ini, maka setelah pelacur ini meninggal, balasan syurga Allah kurniakan kepada pelacur yang ikhlas ini. Jadi walau apapun pekerjaan yang kita buat hendaklah ianya ikhlas. Janganlah harapkan apa-apa balasan. Insyallah Allah akan melihat keikhlasan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan