Jumaat, 15 April 2011

Pasar Malam Sinsuran

Walaupun setiap petang, di Kota Kinabalu hujan, tetapi kami masih lagi berkesempatan berkunjung ke pasar malam Sinsuran. Di sana kami dapat melihat peniaga menjual kristal dan mutiara. Ianya barang untuk perhiasan wanita, bukan untuk lelaki. Kaum lelaki boleh beli tetapi untuk isteri, awek, emak atau adik-adik perempuan. Sesiapa yang melawat Sabah, kena beli benda-benda ini sebagai ole-ole. Apa istimewanya mutiara di sabah ini? jawapannya sudah pastilah murah. Di bawah ini, ada beberapa gambar yang sempat dirakamkan.

Pasar malam Sinsuran.

Muatiara Sabah.

Cantik tak gelang ini?

Kerongsang mutiara Sabah.

Erma dan en. taib sedang memilih cincin.

En. Taib menghabiskan baki RMnya di Pasar Malam Sinsuran.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk berangkat pulang.

Percaya atau tidak, Pasar Malam Sinsuran jauh lebih murah berbanding di Pasar Filipina. Jika harga kerongsang di Pasar Filipina berharga RM20 untuk satu keronsang, maka di pasar Sinsuran anda boleh menapatkannya dengan harga RM20 untuk 12 kerongsang!. Ya, pada mulanya kami tidak tahu dan sudah banyak duit digunakan di Pasar Filipina. Di dalam pesawat Firefly, barulah penulis sedar bahawa harga di Pasar Malam Sinsuran jauh lebih murah.

Khamis, 14 April 2011

Pasar Pilipine

Hari terakhir di Sabah, kami ke Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau pun dikenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk tempatan. Penulis sendiri tidak tahu kenapa pasar ini dinamakan Pasar Filipina, mungkin ramai pendatang Filipina yang berniaga di pasar ini.

Pasar Pilipine, Kota Kinabalu.

En. Taib sedang memilih rantai mutiara di Pasar Pilipine.

Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau pun lebih dikenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk dan pelancong adalah merupakan satu tempat yang cukup terkenal di Bandaraya Kota Kinabalu. Ia terletak di Jalan Tun Fuad Stephen bertentangan dengan Kompleks Sinsuran.

Pak Lah sudah lebih 20 tahun berniaga di Pasar Pilipine.

Erma menunjukkan keronsang terjual di gerai Pak Lah.

Terdapat beraneka jenis kraftangan dijual di sini. Selain cenderamata dan kraftangan tempatan seperti rantai kunci, T-shirt dan juga ukiran kayu, terdapat juga kraftangan daripada negara-negara Asia yang lain. Sarung batik, tikar rotan, ukiran khat, kerongsang dan juga mutiara boleh ditemui di pasar ini.

Gelang kulit mutiara di Gerai Pak Lah.

Suasana di dalam pasar Pilipine.

Di sini, kami singgah ke gerai Pak Lah di lorong nombor 7. Menurut rakan penulis, Pak Lah ini merupakan pesara tentera yang berasal dari Kelantan. Pak Lah ini sudah 20 tahun berniaga dan menetap di Kota Kinabalu, khabarnya dia berkahwin dengan orang Sabah. Oleh karana rakan penulis telah lama mengenali Pak Lah, kami mendapat potongan harga yang paling istimewa ketika membeli rantai mutiara di gerainya. Apalagi kami memborong sakanlah di gerai Pak Lah. Terima kasih daun keladi Pak Lah.

Gerai ikan masin.

Erma sedang tawar menawar dengan tauke ikan masin.

Selain itu, di Pasar Filipina ada banyak gerai yang menjual ikan masin. Di sini, kami berjumpa dengan seorang peniaga wanita yang comel dan cuba mengoda kami supaya membeli ikan masinnya. Kamipun cuba tawar menawar, namun kakak comel ini telah berjaya membuatkan hati kami cair untuk memborong ikan masin di gerainya. Kali pertama dalam sejarah penulis, telah menghabiskan sebanyak RM100 hanya untuk ikan masin. Nampaknya, semakin naiklah penyakit darah tinggi, jika tibai kesemua ikan masin ini.

Peniaga ini sedang mengoda en. Taib supaya membeli ikan masinnya.

Sekotak ikan masin kami borong.

Penat membeli belah di Pasar Filipina, kami pekena air kelapa muda masam-masam manis yang berharga RM5.50 di Sabah Waterfront pula.....fuuuhhhhhhh, sejuk dan segar!

Rabu, 13 April 2011

Ikan Bakar Pasar Pilipine

Setelah selesai berbengkel, kami bersiap-siap untuk makan malam. Kami ke Pusat Bandar Kota Kinabalu untuk menjamu selera. Pada malam tersebut kami bebas untuk makan di mana-mana. Oleh itu, kami memilih gerai di belakang Pasar Filipina yang menjual pelbagai jenis makanan laut termasuk ikan bakar.

Kepak ayam panggang di medan selera Pasar Pilipine.

Ikan segar yang pelbagai saiz.

Pemandangan medan selera menjelang senja.

Ikan bakar yang dipaparkan terdiri dari pelbagai jenis dan saiz. Harga mengikut saiz dan jenis. Kebiasaan jika bersaiz besar, harga dalam likungan RM30 seekor dan jika kecil ialah RM 8. Sekiranya ingin mencuba lobster, harga dalam likungan RM 50 - RM 80 seekor mengikut saiz.

Pasar basah Pasar Pilipine.

En. Taib dan Erma sedang menikmati ikan bakar.

Makan malam kami.

Malam tersebut kami memilih seekor ikan sederhana besar, sotong dan udang untuk makan bertiga. Kami menikmati makanan tersebut hanya berkuahkan kicap ABC sahaja. Namun begitu, kami puas meratah makanan tersebut sehingga licin.

Pelanggan sedang membeli kepak ayam panggang.

Ikan bakar Pasar Pilipine.

Bermacam-macam makanan laut ada di Pasar Pilipine.

Selesai menjamu selera, hujanpun turun dengan lebatnya dan kami sempat berteduh di Pasar Filipina yang terdapat beberapa buah kedai masih dibuka. Kebanyakkan kedai telah ditutup pada waktu malam. Kami tidak membeli belah, hanya menanti hujan berhenti untuk pulang ke hotel.

Selasa, 12 April 2011

Membeli Belah di Plaza Wawasan

Selepas seharian berbengkel di hotel, kami hendak mencari barang kraftangan untuk dibawa pulang ke Semenanjung. Selain barangan kraftangan kami hendak membeli tshirt, keychain, beg dan cenderahati yang lain. Editor kami puan Norjanah, memberitahu, di Plaza Wawasan terdapat pelbagai barangan kraftangan dengan harga yang agak murah. Kebetulan hotel penginapan kami, Tang Dynasty terletak di dalam kawasan Plaza Wawasan. Selesai berbengkel, kami terus sahaja membeli belah di Plaza Wawasan ini. Lagipun, setiap petang di bandar Kota Kinabalu hujan lebat.

Plaza Wawasan.

Plaza Wawasan.

Barangan seperti kraftangan ada terjual di sini.

Tshirt, Keychain dan cenderahati juga ada dijual di sini.

Pemandangan dari bilik hotel Tang Dynasty.

Plaza Wawasan adalah salah satu pusat membeli-belah yang popular di Kota Kinabalu ianya terletak bersebelahan dengan Api-api centre dan perhentian bas Kota Kinabalu, terdapat banyak kedai menjual barangan kraftangan, alat elektronik, kedai makan dan sebagainya. Sekiranya anda ingin bermalam disekitar Plaza Wawasan, terdapat banyak tempat penginapan yang disediakan dan salah satunya yang popular berdekatan Plaza Wawasan adalah Hotel Tang Dynasty.

Isnin, 11 April 2011

Ada Tugas di Kota Kinabalu

Minggu lepas penulis bertugas di Kota Kinabalu, ada bengkel buku teks yang dianjurkan oleh DBP Sabah. Sebagai designer, penulis kena pergi. Sambil berbengkel, sempat juga jalan-jalan ke tempat menarik di situ, bak kata orang, sambil menyelam, minum air he... he...

Pesawat Firefly yang menerbangkan kami ke Sabah.

Perjalanan mengambil masa selama dua jam setengah daripada KLIA ke Kota Kinabalu. Dengan kecekapan pemandunya, perjalanan 2 jam setengah pun terasa sekejap sahaja. Tetapi nasi beriani yang Firefly hidangkan sedap juga. Gambar ini aku curi-curi ambil. Ikutkan tidak boleh merakam gambar di dalam pesawat.

Nasi beriani Firefly.

Sampai sahaja di kota kinabalu, kami terus sahaja cari beg dan membeli tiket teksi airport untuk pergi ke hotel Tang Dynasty. Hotel yang bertaraf 3 bintang ini dan terletak di tengah-tengah bandar Kota kinabalu.

Hotel Tang Dynasty.

Sambil naik teksi sempat juga penulis merakamkan beberapa keping gambar yang menarik di sepanjang perjalanan melalui tepi-tepi pantai.

Tepi pantai Kota Kinabalu.

Hotel Dynasty ini bersambung dengan shopping complex. Pada waktu malam, kami boleh pergi tengok midnight movie atau bermain bowling di Kompeks Center Point.

Makan malam di Pasa Philipine.

Setelah habis berbengkel, sempat juga penulis menjamu selera di belakang Pasar Philipine. Enak juga makanan di situ, banyak makanan laut yang segar, besar dan murah. Paling istimewa, makanannya terus masak di situ.

En. Taib sedang memilih mutiara di pasar malam.

Selepas itu, kami ke Pasar Philipine untuk membeli mutiara pula. Banyak mutiara dan kristal di Pasar Philipine ini. Harganya agak mahal juga, biasanya peniaga di sini akan up kan sikit harganya kepada pelancung. Tetapi yang paling best ialah ikan keringnya. Ikan kering di sini berbeza dengan ikan kering di semenanjung. Sedap ikan kering dia. Udang kering pun ada. Sempat beli dan di bawa melalui pesawat. Bau pun bau lah. Tidak kira bah..hehe

Ikan kering yang akan di bawa ke semenanjung.

Tetapi yang ruginya tidak sempat pergi ke kaki Gunung Kinabalu. Ramai yang kata di situ pemandangannya sangat cantik. Tidak mengapa, lain kali boleh pergi lagi jika ada rezeki.

Sabtu, 2 April 2011

Ujian Allah

Allah akan menguji kita dengan pelbagai bencana atau musibah. Ketika itu, bersabarlah dan ucapkan “Innalillah...”

Tebal
Firman Allah Ta’ala:

“Dan sungguh akan Kami (Allah) berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah:155-157).


Kenapa kita diuji olehNya dan apakah faedahnya? Mengapakah dikatakan setiap ujian itu ada hikmahnya? Perkara ini mudah untuk mendapatkan jawapannya sekiranya hati kita mempunyai sifat REDHA. Inilah penawar bagi penyakit yang menyerang insan-insan yang sedang diuji. Pertama sekali fahamilah apakah yang dikatakan dengan ujian Allah melimpahkan ujian itu datangnya dari 2 keadaan. Sama ada ujian berbentuk kesusahan atau kesenangan dan yang paling kerap berlaku pada kita adalah ujian berbentuk kesusahan kerana sesungguhnya yang lebih berat antara keduanya adalah ujian di masa kita diberikan kesenangan dan Allah S.W.T Maha Penyayang memberikan ujian yang paling ringan pada kita.


Ujian itu dilimpahkan untuk memberi kita peluang menambah saham pahala. Bila kita ditimpa sesuatu masalah kita akan bersabar dan cuba menanganinya dengan jalan redha dan mengingati Allah sebagai sumber kekuatan. Kita tidak akan putus dengan usaha dan berdoa supaya Allah memberkati kita dan mempermudahkan segala urusan kita. Maka dengan itu kita tidak akan lupa dan sentiasa berada di tali Allah. Bukankah itu suatu hikmah. Bukankah itu sebagai pembantu untuk kita meraih sebanyak mungkin pahala di bumi Allah ini selagi usia dikandung badan. Sedarlah kita sesungguhnya ujian itu tidak lain memberikan kita inspirasi untuk menjadi seorang yang kuat dan yakin, di samping menjadikan kita hamba yang taat dan dicintai Allah.


Walau apa pun yang berlaku bukan atas kehendak kita atau yang dinamakan takdir, maka sebenarnya ALLAH SEDANG MENGATUR YANG TERBAIK UNTUK KITA... Allah Maha Penyayang dan Allah tidak akan membiarkan hambaNya dalam kesusahan dan keperitan tanpa sebab. Sesungguhnya Dialah yang menciptakan kita maka Dia jualah yang lebih mengetahui yang terbaik untuk kita. Oleh itu, bersabarlah ketika menghadapi ujian Allah S.W.T. Semoga kita menjadi hamba yang Mukminin, Muttaqin dan Muslihin.

Jumaat, 1 April 2011

Musibah

Kepada sahabat yang sedang ditimpa kesusahan, ingatlah bahawa musibah itu penghapus dosa dan petunjuk bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah SWT. Anggaplah musibah itu sebagai pelaburan dunia bagi orang-orang yang sabar dalam mendapatkan saham akhirat yang lebih besar!

Rancang, berusaha, berdoa dan bertawakallah.

Petua menangani pemikiran yang negatif ketika berhadapan dengan... musibah ada dinyatakan oleh Rasulullah SAW menerusi sabdanya, daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah SWT." (Riwayat Muslim).

Yang penting, musibah bukan alasan untuk kita terus bersikap menyerah kerana Allah bencikan hambaNya yang berputus asa! Maka rancang, berusaha, berdoa dan bertawakallah, semoga kejayaan bakal menjadi milik kita..

Sumber: Ustaz Zahazan