Minggu lepas penulis bertugas di Kota Kinabalu, ada bengkel buku teks yang dianjurkan oleh DBP Sabah. Sebagai designer, penulis kena pergi. Sambil berbengkel, sempat juga jalan-jalan ke tempat menarik di situ, bak kata orang, sambil menyelam, minum air he... he...
Perjalanan mengambil masa selama dua jam setengah daripada KLIA ke Kota Kinabalu. Dengan kecekapan pemandunya, perjalanan 2 jam setengah pun terasa sekejap sahaja. Tetapi nasi beriani yang Firefly hidangkan sedap juga. Gambar ini aku curi-curi ambil. Ikutkan tidak boleh merakam gambar di dalam pesawat.
Sampai sahaja di kota kinabalu, kami terus sahaja cari beg dan membeli tiket teksi airport untuk pergi ke hotel Tang Dynasty. Hotel yang bertaraf 3 bintang ini dan terletak di tengah-tengah bandar Kota kinabalu.
Sambil naik teksi sempat juga penulis merakamkan beberapa keping gambar yang menarik di sepanjang perjalanan melalui tepi-tepi pantai.
Hotel Dynasty ini bersambung dengan shopping complex. Pada waktu malam, kami boleh pergi tengok midnight movie atau bermain bowling di Kompeks Center Point.
Setelah habis berbengkel, sempat juga penulis menjamu selera di belakang Pasar Philipine. Enak juga makanan di situ, banyak makanan laut yang segar, besar dan murah. Paling istimewa, makanannya terus masak di situ.
Selepas itu, kami ke Pasar Philipine untuk membeli mutiara pula. Banyak mutiara dan kristal di Pasar Philipine ini. Harganya agak mahal juga, biasanya peniaga di sini akan up kan sikit harganya kepada pelancung. Tetapi yang paling best ialah ikan keringnya. Ikan kering di sini berbeza dengan ikan kering di semenanjung. Sedap ikan kering dia. Udang kering pun ada. Sempat beli dan di bawa melalui pesawat. Bau pun bau lah. Tidak kira bah..hehe
Tetapi yang ruginya tidak sempat pergi ke kaki Gunung Kinabalu. Ramai yang kata di situ pemandangannya sangat cantik. Tidak mengapa, lain kali boleh pergi lagi jika ada rezeki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan