Selasa, 2 September 2008

Temple Firaun di Luxur dan Aswan, Egypt


Salah satu cruise yang menyusuri Sungai Nil dari Luxor ke Aswan

Walaupun menaiki keretapi, tetapi kami sungguh rasa selesa di sepanjang perjalanan, terutamanya aku hanya keseorangan berada di bilik berhawa dingin yang dilengkapi katil seperti berada di dalam sebuah bilik sebuah hotel. Makanan yang disediakan  mengikut jadual tertentu. Aku hanya tidur sepanjang perjalanan pada malam tersebut. Perjalanan yang jauh memakan masa lebih 15 jam  menuju ke stesen keretapi Luxor. Kami sampai di Luxor pada subuh hari. Dari stesen keretapi, kami di bawa menaiki bas untuk check-in di M/S Splendour Cruise. Cruise ini agak mewah kerana dilengkapi dengan bilik hotel, restoran dan kolam renang. Kami diberi sedikit taklimat oleh Puan Khadijah tentang program lawatan kami. Setelah diberi kunci bilik, akupun berehat di dalam bilik sambil menyaksikan keindahan pemandangan Sungai Nil.



Penulis berada di The Valley of The Kings


Penulis berada di hadapan Tample Al-Deir Al-Bahari

Sebelah malamnya sempat kami menyaksikan tarian gelek di dalam cruise tersebut. Memang satu pengalaman tidak boleh dilupakan apabila penari minah arab, menari di hadapan aku dan secara tiba-tiba sahaja dia mengoyangkan buah dadanya betul-betul di depan mata aku. Malangnya aku tidak sempat mengambil gambar kerana tergamam he...he... 


Penulis berada di pintu masuk Karnak Temple


Penulis berda di hadapan Edfu Temple

Selama tiga hari dua malam kami berada di cruise untuk perjalanan dari Luxor ke Aswan, ada beberapa tempat temple yang kami kunjungi, iaitu Temple Edfo dan Kom Ombo. Sebelum menuju kedua temple itu, kami harus melewati dulu suatu bendungan di Sungai Nil tersebut yang terletak di Kota Isna. Tidak jauh dari Kota Luxor dan Aswan. Di sini ada suatu pengalaman baru untuk kami semua, kali pertama kami semua naik kapal, dimana kapal tersebut harus dinaikkan. ternyata arus dari aliran Sungai Nil, yang tepatnya berada di Kota Isna tersebut cukup curam, sementara kapal yang datang dari Luxor, berada di bawah kerendahan air di sekitar 10 meter, dari air sungai yang sebelumnya datang dari Aswan.


Penulis dipaksa menari bersama pemandu pelancung arab di dalam cruise


Penulis berada di dalam bilik hotel cruise sebelum menyaksikan tarian gelek

Untuk pengatahuan anda semua, Luxor dan Aswan banyak terdapat tempat-tempat peribadatan Firaun zaman dahulu kala. Gambar-gambar yang dilampirkan adalah salah satu daripadanya. Kalau dilihat, itu hanya sedikit. Masih ada banyak lagi di sekelilingnya yang masih dalam proses pencarian. Seterusnya kami pergi ke tempat lain yang diberi nama The Valley of The Kings. Tiket untuk masuk ke tempat ini berharga LE 15. Menghairankan kami, tiada apalah sangat tempat ini, hanya ada lukisan berwarna yang terlakar di dinding yang menceritakan kehidupan Ramses dan isterinya suatu ketika dahulu. Satu lagi benda pelik, kami tidak dibenarkan mengambil gambar walaupun sekeping. Hmmmm... boring betul ... dahlah bayar mahal-mahal, lepas tu tidak dibenarkan mengambil gambar pula. Nasib baiklah harga teket sudah termasuk dalam harga pakej kami. Kami di situ hanya seketika, lebih kuran satu jam sahaja. Satu lagi, pekak telinga dibuatnya apabila mendengar pak arab dekat situ memekek  "no foto" "no camera" "no video". Menyampah betul!!. Setibanya di Aswan kami sempat melawat muzium dan membeli belah di sekitar bandar Aswan.



Penulis berada di hadapan Aswan Princes' Tombs


Penulis berda di atas Empangan Aswan

Keesokkan harinya kami ke Empangan Aswan. Menurut pemandu pelancung, empangan ini meninggalkan kesan yang mendalam pada rakyat Egypt. Pendududuk di kawasan rendah terpaksa dipindahkan. ini termasuk monumen-monumen bersejarah pada era kegemilangan Egypt Purba seperti Kuil Abu Simbel. Empangan Aswan yang pertama dibina pada tahun 1899 dan siap dibina pada tahun 1902. tetapi, empangan pertama ini tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi, empangan kedua dibina. Dengan ketinggian 111 meter dan membentuk Tasik Nasser di bahagian rendah yang berukuran 480 kilometer panjang dan 16 kilometer leber, Empangan Aswan sememangnya satu projek yang hebat pada zamannya.


Penulis cuba menolak batu untuk dibuat piramid di kuari Aswan



Penulis sedang menaiki kapal layar di Sungai Nil



Penulis berada di tepi Sungai Nil ketika hendak melawat perkampungan orang asli arab

Sehari di bandar Aswan, kami kembali ke bandar Luxor dengan menaiki bas selama tiga jam. Setibanya di Luxor, kami terus menuju ke airport untuk berangkat pulang ke tanah air. 

Oklah, Kalau diperhatikan, tempat-tempat di sana banyak kesan peninggalan Firaun dan suku sakatnya. Namun kita perlu tengok juga untuk mengatahui tentang akibat mereka yang mendustkan Allah seperti Firaun ini. 

"Bermusafir adalah neraca kepada akhlak" Saidina Ali K.W.H

4 ulasan:

Unknown berkata...

Jauhnya melihat bulan Ramadan!

Denanz ... berkata...

mana awekz penari gelek? kasi tunjuk la sket.

ZulDeanz berkata...

Denandz
awekz penari gelek tak sempat ambil ss dah tergamam hahahhaha

qilla berkata...

Sdr Zul, saya teruja membaca catatan pelancungan ke banyak tempat yang telah anda kunjungi. Melancung melihat negara orang sememangnya suatu pengalaman yang sentiasa melekat dalam ingatan kita. Selepas ni destinasi mana pulak yang akan diceritakan. Perjalanan ke Mesir tu tahun 2005 tentu ada lagi tempat lain yang akan menyusul.